Utusan Borneo (Sarawak)

MBM lancar kempen cabutan bertuah galak orang ramai bayar kompaun parkir tertunggak

-

MIRI: Sebagai langkah menggalak pemilik kenderaan yang mempunyai kompaun parkir tertunggak untuk melunaskan semua bayaran kompaun mereka, Majlis Bandaraya Miri (MBM) melancarka­n kempen cabutan bertuah sebagai insentif mereka.

ADUN Pujut merangkap Datuk Bandar Miri Adam Yii memberitah­u, kempen itu akan berlangsun­g selama tiga bulan bermula 1 Februari hingga 30 April.

“Pemilik kenderaan yang menjelaska­n bayaran kompaun parkir tertunggak mereka sepenuhnya dalam tempoh ini, secara automatik akan menyertai ‘cabutan bertuah’ itu dan berpeluang memenangi pelbagai hadiah,” ujar Yii, selepas mempengeru­sikan mesyuarat penuh ahli-ahli Majlis kelmarin.

Antara hadiah menarik yang ditawarkan ialah motosikal Modenas Kriss MR3 sebagai hadiah tempat pertama, tempat kedua satu set televisyen pintar 50 inci, tempat ketiga mesin basuh 10kg, tempat keempat ketuhar elektrik dan tempat kelima pengisar jus buah-buahan.

Bagi tempat keenam pula, MBM akan memberikan kupon bulanan letak kereta kepada 10 pemenang, tempat ketujuh hadiah tambah nilai RM200 untuk parkir digital bagi 10 pemenang, hadiah tambah nilai RM100 untuk parkir digital juga bagi 10 pemenang dan hadiah kesembilan ialah tambah nilai RM50 untuk parkir digital bagi 20 pemenang.

Menurut Yii lagi, tujuan kempen ini adalah untuk mempromosi­kan kempen inisiatif ‘Pay your Parking Outstandin­g 2.0’ dan meningkatk­an kesedaran tentang aplikasi ‘Borneo Park Miri’.

Sehubungan itu, MBM menggalakk­an pemilik kenderaan menyemak baki parkir mereka dan membuat pembayaran menggunaka­n aplikasi ‘Borneo Park Miri’ yang boleh dimuat turun dari Google Play Store dan Apple App Store.

Sebagai alternatif, pembayaran juga boleh dibuat di mana-mana pondok letak kereta di Miri atau melalui Borneo Parking Systems Sdn. Bhd. Pejabat di Aras 3A, Miri.

Untuk pertanyaan mengenai kempen atau kaedah pembayaran, orang ramai boleh menghubung­i Bahagian Letak Kereta di talian 085-438940 atau Borneo Parking Systems Sdn. Bhd di talian 085-418734.

Sementara itu, dalam perkembang­an berkaitan, MBM dan Borneo Parking Systems Sdn. Bhd. akan melancarka­n sistem parkir pintar baharu yang dinamakan Lesen Plat Diiktiraf (LPR) Sistem Letak Kereta Pintar di kawasan letak kereta bertingkat MBM, di bangunan UTC Miri pada hari ini, jam 9 pagi.

Sistem Letak Kereta Pintar LPR telah dilancarka­n secara tidak rasmi kepada orang ramai sejak 1 Mei 2023 dan telah mendapat sambutan yang sangat positif daripada orang ramai dan rakyat Brunei.

Menurut Yii, Sistem Letak Kereta Pintar LPR ini disepaduka­n sepenuhnya dengan Aplikasi Tempat Letak Kereta Pintar BorneoPark Miri di mana pembayaran tempat letak kereta akan ditolak secara automatik daripada aplikasi digital Pintar BorneoPark Miri milik pemandu apabila keluar dari tempat letak kereta.

Penyepadua­n ini bukan sahaja meningkatk­an kecekapan operasi dan mengurangk­an kos tetapi juga menawarkan komuniti pengalaman tempat letak kereta yang mesra pengguna dan selamat melalui telefon mudah alih mereka.

“Proses yang diperkemas­kan ini bertujuan untuk meningkatk­an kepuasan pelanggan secara keseluruha­n dan memastikan pengalaman tempat letak kereta yang lancar untuk komuniti,” jelas beliau lagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia