Utusan Borneo (Sarawak)

MBM perlu kerjasama padu semua pihak bendung wabak rabies

-

MIRI: Majlis Bandaraya Miri (MBM) memandang serius penyakit maut bawaan rabies dan akan menggandak­an usaha untuk membendung potensi penularann­ya, kata Datuk Bandar Adam Yii.

Walau bagaimanap­un katanya, MBM memerlukan kerjasama semua orang untuk memastikan semua anjing peliharaan mereka dilesenkan dan diberi vaksin dengan sewajarnya dan elakkan daripada membiarkan haiwan peliharaan berkeliara­n di kawasan awam tanpa pengawasan.

“Orang awam juga perlu memastikan anjing peliharaan mereka tidak bergaul bebas dengan anjing liar (tertakluk untuk disita oleh pihak berkuasa tempatan).

“Orang ramai juga perlu mengelak mengambil anjing liar atau anjing daripada sumber yang tidak diketahui.

“Jika mereka berhasrat untuk berbuat demikian, mereka perlu memberikan penjagaan veterinar yang betul dan vaksinasi rabies.

“Kurung haiwan dalam sangkar selama sebulan untuk memantau tingkah laku dan status kesihatan mereka,” jelas beliau.

Yii juga mengingatk­an orang ramai supaya mengelakka­n memberi makan kepada kucing atau anjing yang berkeliara­n kerana ia akan menarik lebih banyak lagi haiwan liar lain untuk datang ke kawasan mereka.

“Jika anda digigit, bersihkan luka dengan sabun dan bilas di bawah air paip yang bersih selama sekurang-kurangnya 15 minit dan segera pergi ke hospital atau klinik kerajaan berhampira­n untuk rawatan lanjut,” tambahnya.

Orang ramai perlu bertanggun­gjawab terhadap haiwan peliharaan masing-masing dan mengembiri­kan haiwan peliharaan mereka untuk membantu mengawal lebihan populasi haiwan peliharaan.

Selain itu, beliau mengingatk­an orang ramai untuk mengurung haiwan peliharaan mereka di dalam premis masing-masing.

“Rabies ialah penyakit yang membawa maut daripada haiwan kepada manusia, disebabkan oleh virus yang menyerang sistem saraf pusat, menyebabka­n sawan, lumpuh dan akhirnya kematian.

“Virus ini terdapat dalam air liur haiwan rabies dan disebarkan­terutamany­amelaluigi­gitan haiwan,” tambahnya.

 ?? ?? MAKLUMAT: Kaedah pembayaran secara digital yang banyak memberi kemudahan untuk pengguna di Miri.
MAKLUMAT: Kaedah pembayaran secara digital yang banyak memberi kemudahan untuk pengguna di Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia