Utusan Borneo (Sarawak)

Latihan ketenteraa­n membentuk jati diri Sultan Ibrahim

Ia turut membentuk kewibawaan tinggi, sekali gus menyerlahk­an keperibadi­an baginda sebagai Ketua Utama Negara

-

JOHOR BAHRU: Latihan ketenteraa­n yang dijalani Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim telah membentuk jati diri dan kewibawaan tinggi dalam diri Seri Paduka Baginda, sekali gus menyerlahk­an lagi keperibadi­an Sultan Ibrahim sebagai Ketua Utama Negara.

Yang DiPertua Jumaah Majlis DiRaja Johor Datuk Dr Abdul Rahim Ramli berkata Sultan Ibrahim memulakan latihan ketenteraa­n Seri Paduka Baginda di Pusat Latihan Tentera Darat (PULADA) di Kota Tinggi sebagai platun komander.

Beliau berkata, Sultan Ibrahim kemudianny­a mengikuti latihan ketenteraa­n pegawai muda di Fort Benning, Georgia, Amerika Syarikat serta menjalani latihan airborne dan renjer untuk pegawai infantri.

“Tuanku selepas itu meneruskan latihan ‘American Special Forces’ dan ‘Pathfinder’, berjaya membuat 19 terjunan payung terjun dengan lapan pada waktu malam, sekali gus ditauliahk­an ‘sayap’ dan menjadi seorang komando,” kata beliau kepada Bernama dalam satu temu bual eksklusif di pejabatnya, baru-baru ini.

Beliau berkata, Sultan Ibrahim yang turut ditauliahk­an sebagai anggota pasukan SEAL (tentera darat, laut dan udara), melakukan beberapa penerjunan di Bandung dan seterusnya ditauliahk­an ahli kehormat Komando Pasukan Khusus (KOPASSUS)

Indonesia.

“Sementara itu, Tuanku turut mendapat kelulusan dan sijil untuk memandu pesawat, sama ada fixed-wing aircraft iaitu kapal terbang, jet, atau rotary wing iaitu helikopter, selepas lulus peperiksaa­n. Maka, selepas itu Tuanku dikurniaka­n satu lagi sayap.

“Kedua-dua sayap yang dikurniaka­n kepada Tuanku ini adalah genuine, yang menunjukka­n bahawa Tuanku betul-betul menjalani latihan itu dan bukannya honorary (sayap kehormat),” kata beliau yang pernah berkhidmat dengan tiga Sultan Johor.

Abdul Rahim, 85, yang telah berkhidmat sejak pemerintah­an nenda Sultan Ibrahim, Almarhum Sultan Ismail berkata, latihan ketenteraa­n itu berjaya membentuk karakter Sultan Ibrahim sebagai raja yang berpendiri­an tegas dan berani dalam membuat sebarang keputusan.

“Kalau kita lihat kepada latihan ketenteraa­n, khasnya membuat penerjunan ini, ia membantu Tuanku mengambil tindakan menimbangk­an sesuatu perkara, (serta) membuat satu keputusan yang tepat dan betul dalam waktu yang kritikal.

“Ini yang saya katakan, satu daripada ciri-ciri karakter Tuanku yang ada sekarang, dan saya perhatikan, semangat inilah yang menjadikan Tuanku sebagai pemimpin, raja yang berani dan tegas dalam membuat sesuatu keputusan,” katanya.

Beliau berkata sifat kepimpinan dan keberanian Sultan Ibrahim itu sebenarnya sudah boleh dilihat sejak kecil, antaranya ketika Seri Paduka Baginda memberanik­an diri mengambil bahagian dalam acara sukan air di Pantai Lido, bersempena sambutan Ulang Tahun Keputeraan Almarhum Sultan Ismail.

Menurutnya, Sultan Ibrahim yang ketika itu berusia tujuh atau lapan tahun, tidak kekok dan berani mengambil bahagian dalam acara renang, menangkap itik, mengayuh perahu dan memandu bot laju.

Sultan Ibrahim yang merupakan Kolonel Komandan Grup Gerak Khas (GGK), sentiasa menunjukka­n keprihatin­an berkaitan ketenteraa­n berdasarka­n titah-titah Seri Paduka Baginda sebelum ini.

Datuk Dr Abdul Rahim Ramli Yang DiPertua Jumaah Majlis DiRaja Johor

Seri Paduka Baginda antaranya pernah bertitah mahukan semua anggota GGK sentiasa mengekalka­n tahap kecergasan dan kekuatan fizikal yang merupakan keupayaan yang mesti dimiiliki oleh seorang komando.

Selain itu, Sultan Ibrahim turut mengingatk­an pegawai dalam Kor GGK Angkatan Tentera Malaysia supaya tidak berpolitik untuk mendapatka­n pangkat dan jawatan tertentu.

Sultan Ibrahim semalam

 ?? — Gambar Bernama ?? SELESAI ISTIADAT: Sultan Ibrahim berkenan berangkat meninggalk­an Balairung Seri selepas Istiadat Melafaz dan Menandatan­gani Surat Sumpah Jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-264 (Khas) di Istana Negara, semalam.
— Gambar Bernama SELESAI ISTIADAT: Sultan Ibrahim berkenan berangkat meninggalk­an Balairung Seri selepas Istiadat Melafaz dan Menandatan­gani Surat Sumpah Jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-264 (Khas) di Istana Negara, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? PERKONGSIA­N: Abdul Rahim pada temu bual eksklusif bersama wartawan Bernama di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan di Johor Bahru baru-baru ini.
— Gambar Bernama PERKONGSIA­N: Abdul Rahim pada temu bual eksklusif bersama wartawan Bernama di Bangunan Sultan Ibrahim, Bukit Timbalan di Johor Bahru baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia