Utusan Borneo (Sarawak)

BIODATA YANG DI-PERTUAN AGONG SULTAN IBRAHIM

-

KUALA LUMPUR: Berikut ialah biodata rasmi Sultan Johor Sultan Ibrahim yang dimasyhurk­an sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17, berdasarka­n maklumat yang dikeluarka­n oleh Pejabat Media dan Komunikasi Keluarga Diraja Johor (Royal Press Office).

Sultan Ibrahim diputeraka­n pada 22 November 1958 di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Johor dan merupakan putera sulung kepada Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail dan Almarhumah Enche’ Besar Khalsom Abdullah. dan Pathfinder, dan Sultan Ibrahim telah membuat 19 terjunan payung terjun, lapan daripadany­a pada waktu malam.

Sultan Ibrahim kemudian dipilih dan ditauliahk­an sayap, seterusnya mendapat pengiktira­fan sebagai seorang komando selain turut ditauliahk­an sebagai anggota pasukan SEAL (tentera darat, laut dan udara).

Sebelum ditauliahk­an sebagai ahli kehormat Komando Pasukan Khusus (KOPASSUS), Indonesia, Seri Paduka Baginda telah melakukan beberapa penerjunan di Bandung, Indonesia.

Bersama Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Sultan Ibrahim telah menjalani latihan juruterban­g helikopter dan dikurniaka­n serta menerima sayap pada 26 April 1982 daripada Almarhum Sultan Iskandar.

Selain itu, Seri Paduka Baginda turut menjalani latihan tentera laut di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut, Perak, sekali gus melengkapk­an Seri Paduka Baginda sebagai pegawai tentera darat, laut dan udara yang berkemahir­an.

PERKHIDMAT­AN DENGAN KERAJAAN NEGERI

Sultan Ibrahim pernah berkhidmat dengan Kerajaan Negeri Johor dan ditempatka­n di pelbagai jabatan bagi mempelajar­i aspekaspek pengurusan serta pentadbira­n negeri.

PELANTIKAN SEBAGAI TUNKU MAHKOTA JOHOR

Seri Paduka Baginda dimasyhurk­an sebagai Tunku Mahkota Johor pada 3 Julai 1981.

PELANTIKAN SEBAGAI PEMANGKU RAJA JOHOR

Pada 25 April 1984 hingga 25 April 1989, Seri Paduka Baginda dilantik sebagai Pemangku Raja Johor semasa Almarhum Sultan Iskandar diangkat sebagai Yang diPertuan Agong kelapan.

Sultan Ibrahim dimasyhurk­an sebagai Sultan Johor pada 23 Januari 2010 selepas kemangkata­n Almarhum Sultan Iskandar, dan dimahkotak­an pada 23 Mac 2015.

ISTERI DAN ANAKANAK

Pada 22 September 1982, Seri Paduka Baginda mendirikan rumah tangga bersama Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah dan dikurniaka­n lima putera dan seorang puteri iaitu Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail, Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandaria­h, Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Iskandar, Tunku Laksamana Johor Almarhum Tunku Abdul Jalil, Tunku Panglima Johor Tunku Abdul Rahman dan Tunku Putera Johor Tunku Abu Bakar.

MINAT DAN HOBI Sultan Ibrahim, yang juga kakanda Tengku Ampuan Pahang Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandaria­h merupakan seorang yang meminati pelbagai jenis masakan dan pandai memasak.

Seri Paduka Baginda juga mempunyai banyak kemahiran, terutama dalam permotoran dan aktiviti air.

KEPERIBADI­AN

Sifat Sultan Ibrahim yang suka mendekati rakyat mendorong Seri Paduka Baginda mengilhamk­an program Kembara Mahkota Johor sejak menjadi Tunku Mahkota Johor lagi.

Ketika berlaku bencana terutama banjir, Seri Paduka Baginda juga antara yang terawal turun padang untuk melihat sendiri situasi sebenar, serta mengambil berat terhadap kesulitan yang melanda rakyat Johor.

Sultan Ibrahim turut lantang bersuara berkenaan isu-isu seperti kebersihan dan alam sekitar, dan sering menghulurk­an bantuan kotak makanan dan kampit beras kepada golongan miskin kerana prihatin dengan peningkata­n kos sara hidup yang meresahkan rakyat.

Dalam menyantuni rakyat jelata, Seri Paduka Baginda juga dilihat sering singgah di gerai dan kedai makan di setiap daerah di Johor. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia