Utusan Borneo (Sarawak)

Sultan Nazrin Shah angkat sumpah Timbalan Yang di-Pertuan Agong, buat kali ketiga

-

IPOH: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah semalam mengangkat sumpah jawatan untuk kali ketiga sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong, peranan yang telah dilaksanak­an baginda dengan cemerlang sejak 2016.

Pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-263 (Khas) Oktober lepas, Sultan Johor Sultan Ibrahim telah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17, manakala Sultan Nazrin Shah telah dilantik semula sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh lima tahun mulai 31 Januari.

Kedua-dua Sultan Ibrahim dan Sultan Nazrin Shah mengangkat sumpah dan menandatan­gani surat cara memegang jawatan di Istana Negara di Kuala Lmpur semalam, menandakan dedikasi mereka yang tidak berbelah bahagi dalam berkhidmat untuk negara.

Sultan Nazrin Shah telah melaksanak­an tanggungja­wab sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong dengan penuh dedikasi, dan pelantikan semula ke jawatan itu adalah bukti jelas terhadap prestasi cemerlang baginda.

Baginda pernah berkhidmat sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong apabila Sultan Muhammad V menaiki takhta sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-15 pada 2016, dan kemudianny­a mengekalka­n peranan itu semasa Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dari Pahang, memerintah sebagai Yang di

Pertuan Agong ke-16 pada tahun 2019, menyerlahk­an lagi sumbangann­ya yang tidak ternilai kepada institusi diraja.

Sultan Nazrin Shah diputeraka­n pada 27 November 1956 di Georgetown, Pulau Pinang.

Baginda dimasyhurk­an sebagai Raja Muda Perak pada pada 15 April 1987. Susulan kemangkata­n ayahandany­a Sultan Azlan Muhibbuddi­n Shah pada 28 Mei 2014, Dewan Negara Perak telah mencapai kata sepakat memilih baginda sebagai Sultan Perak ke-35 dengan gelaran Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Selain melaksanak­an tanggungja­wab perlembaga­an di Malaysia, Sultan Nazrin Shah turut mengambil tanggungja­wab sebagai Pengerusi Bersama Panel Kewangan Kemanusiaa­n Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 2015-2016.

Baginda juga pernah memainkan peranan sebagai Duta Khas Malaysia ke Dialog Antara Agama dan Antara Kebudayaan di persidanga­n Perikatan Tamadun Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNAOC).

Dalam negara, baginda merupakan Canselor Universiti Malaya. Baginda juga adalah Kolonel Yang Dipertua Rejimen Jurutera Diraja Tentera Darat dan Kolonel Yang Dipertua Kor Kesihatan Diraja Angkatan Tentera Malaysia.

Sultan Nazrin Shah juga merupakan Felo Kehormat

Worcester College, Universiti Oxford serta Magdalene College dan St Edmund’s College, Universiti Cambridge.

Baginda juga adalah Ahli Pemegang Amanah Pusat Pengajian Islam Universiti Oxford, Felo Diraja Institusi Pertahanan dan Keselamata­n Malaysia; Felow Diraja Institut Kajian Strategi dan Hubungan Antarabang­sa Malaysia; Felow Diraja Institut Keselamata­n Awam Malaysia; dan Penaung Diraja Institut Diplomasi dan Hubungan Luar Negeri Malaysia; Penaung Diraja (sebelum ini Duta Kewangan) Pusat Kewangan Islam Antarabang­sa Malaysia (MIFC).

Pendidikan awal baginda bermula di Sekolah Jalan Kuantan, Kuala Lumpur sebelum baginda menyambung pendidikan di Sekolah St. John, Kuala Lumpur, dan seterusnya berangkat ke United Kingdom untuk meneruskan pengajian di The Leys School, Cambridge.

Sultan Nazrin Shah kemudian memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Falsafah, Politik dan Ekonomi dari Universiti Oxford, diikuti dengan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Politik Ekonomi dan Kerajaan dari Universiti Harvard.

Baginda diijabkabu­lkan dengan Tuanku Zara Salim pada 17 Mei 2007 dan dikurniaka­n seorang putera, Raja Azlan Muzzaffar Shah dan seorang puteri Raja Nazira Safya. — Bernama

Seri Paduka Baginda mendapat pendidikan asas di Taman Didikan Kanak-kanak Tunku Ampuan Mariam di Johor Bahru sebelum memulakan pendidikan di Sekolah Temenggong Abdul Rahman (1), juga di Johor Bahru.

Pada 1968 hingga 1970, Sultan Ibrahim melanjutka­n pelajarand­iTrinityGr­ammar School, Sydney, Australia sebelum meneruskan pelajaran menengah di English College (Maktab Sultan Abu Bakar) dari 1971 hingga 1975 serta mendapat pendidikan agama di Sekolah Agama Ayer Molek, Johor Bahru.

Bagi menjadi seorang raja yang berwibawa dan dihormati, Seri Paduka Baginda meneruskan pengajian di Fletcher School of Law and Diplomacy di Boston, Massachuse­tts, Amerika Syarikat dan melengkapk­an dua kursus - Southeast Asian Strategic Studies dan Internatio­nal Law of the Seas.

KETENTERAA­N

Seri Paduka Baginda mula mendapat latihan ketenteraa­n di Pusat Latihan Tentera Darat (PULADA) di Kota Tinggi, Johor dan kemudian mengikuti latihan ketenteraa­n pegawai muda di Fort Benning, Georgia, Amerika Syarikat, serta menjalani latihan airborne dan ranger untuk pegawai infantri.

Semangat ketenteraa­n yang tinggi dan tertanam dalam jiwa Sultan Ibrahim, mendorong Seri Paduka Baginda meneruskan latihan American Special Forces

 ?? — Gambar Bernama ?? TANDATANGA­N: Sultan Nazrin Shah berkenan menandatan­gani Surat-surat Perisytiha­ran Memegang Jawatan sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada Istiadat Melafaz Sumpah dan Menandatan­gani Surat Sumpah Jawatan di Istana Negara, Kuala Lumpur semalam. Turut berangkat, Sultan Selangor Sultan Sharafuddi­n Idris Shah (kanan).
— Gambar Bernama TANDATANGA­N: Sultan Nazrin Shah berkenan menandatan­gani Surat-surat Perisytiha­ran Memegang Jawatan sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong ke-17 pada Istiadat Melafaz Sumpah dan Menandatan­gani Surat Sumpah Jawatan di Istana Negara, Kuala Lumpur semalam. Turut berangkat, Sultan Selangor Sultan Sharafuddi­n Idris Shah (kanan).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia