Utusan Borneo (Sarawak)

Amalan kunjung-mengunjung­i perkukuh perpaduan kaum: Lee

Pertahanka­n Sarawak sebagai contoh negeri bersatu dan harmoni

- Oleh Mohamad Norhadie Sahari

MIRI: Rakyat Sarawak diseru terus bersama memperkasa dan memperkuku­h perpaduan kaum menerusi amalan kunjung-mengunjung­i rumah terbuka setiap kali musim perayaan.

Menteri Pengangkut­an Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin berkata, penduduk Sarawak yang pelbagai etnik dan kaum meraikan perayaan besar bersama keluarga serta masyarakat lain.

“Perayaan Tahun Baharu Cina, Hari Raya dan Gawai disambut bersama. Sarawak sangat unik kerana mempunyai anggota keluarga yang berbeza kaum, agama dan budaya yang meraikan perayaan satu sama lain,” jelasnya katanya selepas menghadiri temu bual khas sempena Tahun Baharu Cina (TBC) anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) Miri semalam.

Hadir sama, Pengurus Stesen RTM Miri Lydia Paya Rinyud serta pegawai dan kakitangan RTM Miri.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin berkata, amalan saling mengunjung­i dan menghormat­i antara satu sama lain cukup menjadikan Sarawak sebagai sebuah negeri contoh mempamerka­n perpaduan dan keharmonia­n.

“Perayaan Tahun Baharu Cina, Hari Raya dan Gawai disambut bersama. Sarawak sangat unik kerana mempunyai anggota keluarga yang berbeza kaum, agama dan budaya yang meraikan ” perayaan satu sama lain.

Dato Sri Lee Kim Shin Menteri Pengangkut­an Sarawak

“Justeru, kita amat menekankan kepada rakyat untuk terus memelihara keharmonia­n sedia.

“Sarawak contoh terbaik untuk melambangk­an masyarakat pelbagai kaum yang hidup dalam suasana aman damai,” jelasnya.

Beliau juga berharap agar rakyat Sarawak terus memberikan kepercayaa­n kepada Premier Sarawak untuk meneruskan agenda pembanguna­n demi untuk kesejahter­aan rakyat.

Dalam perkembang­an lain, beliau mengucapka­n tahniah kepada Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang telah mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak Kelapan.

“Saya telah lama mengenali beliau sejak menjadi pegawai polis, wakil rakyat, Yang diPertua Dewan Rakyat.

“Beliau seorang berpengala­man luas dan pakar dalam undang-undang. Kita mengucapka­n tahniah dan semoga maju jaya,” jelasnya.

Bekas Yang di-Pertua Dewan Negara itu dilantik sebagai TYT Sarawak mengikut Perkara 1 Perlembaga­an Negeri Sarawak bagi tempoh empat tahun sehingga 26 Januari 2028.

Pelantikan Wan Junaidi bagi menggantik­an Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud yang menyandang jawatan itu selama tiga penggal bermula 1 Mac 2014.

 ?? ?? BAHANG KIAN TERASA: Lee dan Lydia bergambar bersama kakitangan RTM Miri semasa temu bual khas sempena Tahun Baharu Cina anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) Miri, semalam.
BAHANG KIAN TERASA: Lee dan Lydia bergambar bersama kakitangan RTM Miri semasa temu bual khas sempena Tahun Baharu Cina anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) Miri, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia