Utusan Borneo (Sarawak)

Peningkata­n enam kali ganda kerugian harta benda akibat kebakaran di Limbang

-

LIMBANG: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Tujuh Limbang mencatatka­n peningkata­n nilai kerugian harta benda akibat kebakaran enam kali ganda pada tahun lalu berbanding 2022.

Ketuanya Ramlan Marajan berkata, sepanjang tahun lalu Bomba Zon Tujuh Limbang merekodkan sebanyak 22 kes kebakaran dengan nilai kerugian harta benda sebanyak RM12 juta.

“Jumlah ini meningkat mendadak enam kali ganda berbanding tahun 2022 yang merekodkan hanya 16 kes kebakaran dengan nilai kerugian dianggarka­n RM2 juta.

“Peningkata­n nilai kerugian ini disebabkan berlaku kebakaran berskala besar yang memusnahka­n rumah panjang Bujang Rantau Kiran yang terletak jauh di pedalaman tahun lepas,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas Kempen Keselamata­n Kebakaran Sempena Tahun Baharu Cina di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Limbang, semalam.

Turut sama ialah Ketua BBP Limbang Chong Bui Chyan, Pegawai Bahagian Keselamata­n Kebakaran (BKK) Zon Tujuh Limbang Zaki Hussin dan Pegawai Penyiasata­n Kebakaran Zon Tujuh Clarence D. Primus Tiandun.

Ramlan berkata, kebanyakan kes kebakaran yang berlaku adalah disebabkan penggunaan peralatan elektrik dan gas.

Justeru menjelang sambutan Tahun Baharu Cina (TBC) tidak lama lagi, beliau menasihati orang ramai agar lebih berhati-hati menggunaka­n peralatan elektrik dan gas bagi mengelak berlakunya kebakaran.

Ramlan turut menasihati orang ramai agar berhati-hati ketika bermain mercun pada sambutan TBC ini kerana bahan api itu mempunyai bahaya yang sangat tinggi.

Beliau menambah, aktiviti bermain mercun perlu dipantau dan dilakukan di tempat selamat.

“Apabila tiba musim TBC banyak risiko terutama melibatkan mercun, kita menasihati masyarakat Cina agar berhati-hati bermain mercun kerana mercun mempunyai bahaya yang sangat tinggi.

“Kita berharap aktiviti yang melibatkan mercun dapat dipantau dan dibuat di tempat selamat,” katanya.

 ?? ?? TERIMALAH: Ramlan (kiri) ditemani Zaki, Chong dan pegawai lain menyerahka­n beg cenderahat­i Tahun Baharu Cina kepada pengguna jalan di Limbang, semalam.
TERIMALAH: Ramlan (kiri) ditemani Zaki, Chong dan pegawai lain menyerahka­n beg cenderahat­i Tahun Baharu Cina kepada pengguna jalan di Limbang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia