Utusan Borneo (Sarawak)

Tabika KEMAS Bomba rai 50 kanak-kanak di Sri Aman

22 terima sumbangan zakat Bukit Aman di Marudi

-

SRI AMAN: Seramai 50 kanak-kanak Tabika Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) iaitu Tabika KEMAS Bomba Kelas A, B dan C diraikan pada majlis akhir tahun dan apresiasi di sini, kelmarin.

Guru Tabika KEMAS Bomba Kelas A Mukan Sandom berkata majlis itu bagi penghargaa­n serta pengiktira­fan kepada kanak-kanak tabika berusia enam tahun meninggalk­an alam persekolah­an peringkat prasekolah sesi 2023.

Katanya, majlis itu bagi meniup semangat kepada kanak-kanak melangkah ke tahun satu pada sesi pembukaan sekolah Mac depan.

Sementara itu, kanak-kanak yang masih meneruskan persekolah­an 2024 iaitu berusia empat dan lima tahun turut diraikan pada majlis tersebut selain memberi penghargaa­n kepada mereka atas pencapaian cemerlang dalam akademik sepanjang 2023.

Penyelia Prasekolah KEMAS Bahagian Sri Aman Wan Habeeb Wan Mohamad ketika merasmikan majlis itu menyeru ibu bapa terus menghantar anak-anak pada sesi pembelajar­an di Tabika KEMAS.

Menurutnya, Tabika KEMAS antara tabika yang menjadi pilihan ibu bapa ketika ini.

“Tabika KEMAS bukan sahaja diwujudkan di bandar malah kawasan pedalaman di Sabah, Sarawak termasuk Semenanjun­g Malaysia,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut berharap agar warga Pendidik Masyarakat KEMAS terus mengekalka­n kecemerlan­gan mereka memberi pendidikan kepada kanak-kanak seawal usia tiga hingga enam tahun.

Hadir sama Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Zon Sri Aman, Betong dan Saratok Muhd Rais Adham, Ketua Balai Bomba Sri Aman Andrew Vengitasam­y, Pembantu Pembanguna­n Masyarakat KEMAS merangkap Ketua Unit Pembanguna­n Komuniti (PKOM) KEMAS Sri Aman Kelvin Lambai, Guru Tabika KEMAS Bomba Kelas B dan C Debby Mering dan Hamidah Assan serta ibu bapa dan kanak-kanak terlibat.

Majlis tersebut turut dimeriahka­n dengan penyampaia­n hadiah kepada kanak-kanak dalam pelbagai kategori dan diselitkan dengan persembaha­n ngajat, nyanyian koir, deklamasi sajak dan sketsa oleh kanak-kanak tabika terbabit.

MARUDI: Ketua Polis Daerah Marudi DSP Mohd Ruslan Mat Kib telah menyampaik­an sumbangan zakat kepada ibu dan bapa tunggal, pelajar sekolah dan fakir miskin di kawasan Kampung Dagang, Kampung Narum, Kampung Pemindahan dan Kampung Padang Kerbau di sini, baru-baru ini.

Mengiringi beliau ialah Ketua Bahagian Pengurusan Daerah ASP Kamaruddin, Ketua Bahagian Integeriti Pematuhan Standard SI Bujang dan Ketua Polis Balai Marudi Sarjan Mohd Reduan.

Sumbangan zakat tersebut diterima daripada Bukit Aman dan disalurkan ke IPK Sarawak untuk diagihkan ke IPD-IPD Kontinjen Sarawak.

Bagi IPD Marudi sumbangan tersebut telah diagihkan dalam bentuk bekalan makanan asas untuk kegunaan harian yang disampaika­n kepada 22 penerima.

IPD Marudi berharap agar sumbangan tersebut dapat meringanka­n beban kepada penerima dan mengeratka­n silaturahi­m di antara PDRM dengan masyarakat.

 ?? ?? PENGHARGAA­N: Wan Habeeb (berdiri, tiga kanan), Andrew (enam kiri), Muhd Rais (empat kanan), Mukan (kanan), Debby (tiga kiri), Hamidah (empat kiri) dan Kelvin (lima kiri) bersama kanak-kanak pada majlis tersebut.
PENGHARGAA­N: Wan Habeeb (berdiri, tiga kanan), Andrew (enam kiri), Muhd Rais (empat kanan), Mukan (kanan), Debby (tiga kiri), Hamidah (empat kiri) dan Kelvin (lima kiri) bersama kanak-kanak pada majlis tersebut.
 ?? ?? TERIMALAH: Mohd Ruslan menyampaik­an bantuan kepada salah seorang warga emas.
TERIMALAH: Mohd Ruslan menyampaik­an bantuan kepada salah seorang warga emas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia