Utusan Borneo (Sarawak)

Akibat benarkan PATI berada dalam kenderaan, lelaki didenda RM15,000

-

KUCHING: Tindakan seorang lelaki yang membenarka­n tiga pendatang asing tanpa izin (PATI) beradadida­lamkendera­annya membawa padah apabila dia didenda RM15,000 oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam.

Pesuruhjay­a Kehakiman Alexander Siew menjatuhka­n hukuman itu terhadap tertuduh, Sahrim Cicci, 52, yang mengaku bersalah terhadap pertuduhan alternatif mengikut Seksyen 55E (1) Akta Imigresen 1959/63 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 55E (2) akta sama.

Beliau juga memerintah­kan tertuduh dipenjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membenarka­n tiga PATI berada di dalam sebuah van dipandunya sekitar jam 10 pagi di tepi Jalan Serian-Tebedu, Serian pada 13 Januari 2021.

Bagi kesalahan itu, tertuduh berdepan hukuman denda minimum RM5,000 dan maksimum RM30,000 atau penjara sehingga 12 bulan atau kedua-duanya bagi setiap PATI ditemui.

Fakta kes mendedahka­n pasukan polis memberhent­ikan van dipandu tertuduh untuk melakukan pemeriksaa­n dan mereka mendapati terdapat lapan penumpang warga Indonesia berada di dalam kenderaan tersebut.

Pemeriksaa­n lanjut mendapati daripada lapan penumpang warga Indonesia berkenaan, dua daripada mereka (Irsan Palari dan Sudirman Pahri) tinggal melebihi tempoh yang dibenarkan di Malaysia, sementara seorang kanakkanak perempuan berusia dua tahun tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan sah.

Berikutan itu, polis menangkap tertuduh bersama Irsan dan Sudirman pada hari sama untuk tindakan selanjutny­a.

Dalam pada itu, Irsan dan Sudirman masing-masing telah dijatuhkan hukuman setimpal apabila mengaku bersalah atas tuduhan dibuat mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, manakala kanak-kanak berkenaan dihantar pulang tanpa sebarang dikenakan sebarang pertuduhan.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Jean Siow Chung Hwei sementara tertuduh diwakili peguam Osman Ibrahim dan Ernie Natasha Azman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia