Utusan Borneo (Sarawak)

Pelaburan tidak wujud, wanita rugi RM800,000

-

KUCHING: Seorang bekas pekerja sebuah institusi kewangan di Kuching mengalami kerugian sekitar RM800,000 selepas menjadi mangsa kes penipuan pelaburan tidak wujud, barubaru ini.

Pesuruhjay­a Polis Sarawak Dato Mancha Ata berkata, wanita berusia awal 70an itu mulanya tertarik dengan iklan di Facebook berkenaan pelaburan digital yang dikendalik­an sebuah syarikat di Hong Kong pada September lalu.

Menurutnya, mangsa kemudian menekan satu pautan dan telah berurusan dengan seorang wanita yang memperkena­lkan diri sebagai wakil syarikat pelaburan terbabit.

“Mangsa telah diberikan penerangan mengenai pelaburan tersebut yang menjanjika­n keuntungan 20 hingga 30 kali ganda apabila harga matawang kripto melabung pada masa akan datang.

“Selepas beberapa bulan, mangsa bersetuju membeli beberapa coin dalam nilai dolar AS scara berperingk­at dan mangsa telah diberikan nombor ID bagi membolehka­nnya mengakses laman web untuk membuat pelaburan dan memantau keuntungan yang diperolehi,” katanya menerusi satu kenyataan, semalam.

Tambahnya, mangsa telah melakukan empat transaksi pembayaran untuk tujuan pelaburan tersebut.

“Keseluruha­n pembayaran adalah lebih kurang

RM800,000 melalui pemindahan wang secara dalam talian, mesin deposit tunai dan kaunter bank ke dua akaun bank atas nama syarikat tidak dikenali pada penghujung Januari 2024,” katanya.

Bagaimanap­un, dia hanya menyedari dirinya ditipu apabila gagal mengeluark­an wang keuntungan berjumlah AS$5 juta.

“Malah dia diminta membuat bayaran cukai berjumlah RM1.2 juta sekiranya ingin mengeluark­an wang pelaburan dan keuntungan tersebut,” katanya.

Mangsa kemudian tampil membuat laporan polis berhubung kejadian.

Siasatan lanjut polis dijalankan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu kes menipu dab dengan cara tidak jujur mendorong supaya harta diserahkan.

Jika ditangkap dan sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun, sebat dan denda.

 ?? ?? MANCHA
MANCHA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia