Utusan Borneo (Sarawak)

Dua rumah musnah terbakar di Teku, 13 hilang tempat tinggal

Kebakaran turut melibatkan sebuah kereta, van dan tiga motosikal

- Oleh Michael Ubam

SIBU: Seramai 13 penghuni dua rumah di Lorong 12, Kampung Bahagia Jaya Tengah, Teku hilang tempat berteduh selepas kediaman mereka musnah dalam kebakaran, semalam.

Kejadian pada kira-kira jam 5 pagi itu dikatakan berlaku dengan pantas sehingga menyebabka­n kedua-dua rumah terbabit ranap sepenuhnya.

“Kesemua 13 penghuni dari kedua-dua rumah berjaya keluar dengan selamat sebelum ketibaan pasukan keluaran operasi termasuk seorang orang kelainan upaya ” (OKU). Andy Alie Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 4 Sibu

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Zon 4 Sibu Andy Alie berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 5.18 pagi sebelum mengerahka­n 14 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah yang diketuai Shairulniz­am Wailie ke tempat kejadian.

Katanya, sepasukan 11 anggota dari BBP Sibu Sentral turut dikerahkan ke lokasi kejadian untuk membantu operasi pemadaman.

“Kejadian itu membabitka­n dua rumah berstruktu­r kayu dan semasa pasukan keluaran operasi tiba, rumah pertama di bahagian hadapan terbakar 80 peratus, manakala rumah kedua di bahagian belakang terbakar 100 peratus.

“Pihak kami terus melakukan pemadaman secara ofensif dengan masuk ke bahagian dalam rumah melalui bahagian depan dan tepi serta membuat pemadaman di bahagian luar rumah pertama,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Menurutnya, kebakaran itu turut melibatkan sebuah kereta, sebuah van dan tiga motosikal.

“Kesemua 13 penghuni dari kedua-dua rumah berjaya keluar dengan selamat sebelum ketibaan pasukan keluaran operasi termasuk seorang orang kelainan upaya (OKU),” katanya.

Andy berkata, kebakaran berjaya dikawal sepenuhnya pada jam 6.11 pagi dan insiden itu tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

“Punca kejadian dan jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya sambil menambah, operasi ditamatkan pada jam 7.45 pagi.

 ?? ?? RANAP: Keadaan kedua-dua rumah selepas kebakaran dipadamkan sepenuhnya.
RANAP: Keadaan kedua-dua rumah selepas kebakaran dipadamkan sepenuhnya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia