Utusan Borneo (Sarawak)

Pelajar universiti swasta terperdaya penipuan tawaran kerja rugi RM5,000

-

MIRI: Seorang pelajar universiti terpaksa menanggung kerugian berjumlah RM5,000 selepas terperdaya dengan sindiket penipuan tawaran kerja melalui media sosial Facebook yang menjanjika­n bayaran komisen.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu berkata, Bahagian Siasatan Jenayah Komersial (BSJK) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri menerima laporan daripada seorang wanita berusia lingkungan 20-an berhubung kes terbabit pada Isnin.

“Mangsa pada mulanya melihat iklan kerja sambilan dalam talian melalui media sosial Facebook dan berhubung dengan suspek melalui WhatsApp berkenaan tugasan yang diberikan.

“Tugasan yang diberikan adalah dengan membuat pembayaran dan menaikkan ‘rating’ sesuatu produk yang diberikan oleh suspek dengan dijanjikan bayaran komisen,” katanya dalam kenyataan media di sini.

Alexson menjelaska­n, mangsa telah melakukan tugasan beberapa kali dan apabila cuba untuk mengeluark­an wang komisen, suspek memberikan pelbagai alasan dan meminta pembayaran lagi.

“Mangsa telah membuat lima kali transaksi ke tiga akaun bank yang berbeza menyebabka­n kerugian berjumlah sehingga RM5,000.

“Oleh itu, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, jika disabitkan boleh dihukum dengan pemenjaraa­n selama tempoh tidak kurang dari satu tahun dan tidak lebih dari 10 tahun, dan dengan sebat, dan hendaklah juga dikenakan denda,” ujarnya.

Justeru, Alexson menasihati orang ramai agar tidak mudah percaya dengan tawaran pekerjaan yang diterima melalui telefon, e-mel, khidmat pesanan ringkas (SMS) mahupun mana-mana platform media sosial yang menjanjika­n komisen yang tinggi dan kerja yang mudah dalam tempoh singkat.

“Orang ramai digalakkan untuk menghubung­i Pusat Respons Scam Kebangsaan (NSRC) di talian 997 jika anda merupakan mangsa penipuan siber seperti ‘phone scam,’ ‘love scam,’ e-dagang, pinjaman tidak wujud dan sebagainya, sekiranya baru sahaja membuat transaksi pindahan wang ke manamana akaun keldai atau sindiket penipuan.

“Orang ramai boleh membuat semakan nombor telefon dan akaun bank suspek melalui Check Scammers CCID atau melalui laman web https://semakmule.rmp. gov.my/ sebelum membuat sebarang transaksi kewangan.

“Layari Facebook Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police dan JSJK Sarawak untuk mendapatka­n maklumat modus operandi terkini penipuan,” nasihatnya.

Di samping itu, orang ramai juga boleh berhubung JSJK infoline melalui WhatsApp atau SMS di talian 0132111222 bagi mendapatka­n nasihat atau menyalurka­n maklumat berhubung keskes jenayah dalam talian.

 ?? ?? ALEXSON
ALEXSON

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia