Utusan Borneo (Sarawak)

Bengkel, pejabat gudang dan lori syarikat di Kidurong terbakar

-

BINTULU: Bengkel, pejabat gudang dan lima lori milik sebuah syarikat di Kidurong, di sini musnah dalam kebakaran pada awal pagi semalam.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 5 Bintulu Wan Kamarudin Wan Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.01 pagi mengenai kejadian itu.

Susulan itu katanya, seramai enam anggota Balai Bomba Penyelamat (BBP) Kidurong serta dibantu 10 anggota BBP Bintulu diketuai Komander Operasinya PBK II Harrison Dawi telah dikerah ke lokasi kejadian untuk operasi pemadaman.

“Operasi tersebut turut diperkuatk­an dengan dua jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan satu Unit Perkhidmat­an Penyelamat Perubatan Kecemasan (EMRS) dengan disertai Ketua BBP Bintulu

TPgB I Christus Buson dan Ketua BBP Kidurong PBK I Zainal Ali,” katanya di sini, semalam.

Menurutnya, setibanya di lokasi, komander operasi melaporkan kebakaran 100 peratus melibatkan pejabat gudang dan lima lori tangki minyak terbakar pada bahagian hadapannya.

“Kebakaran tersebut tidak melibatkan kecederaan dan kemalangan jiwa,” jelasnya sambil menambah, pasukan bomba bertindak membuat pemadaman menggunaka­n satu aliran hos hantaran 400 kaki dengan dua pancutan sumber air pili bomba ke pam jentera.

Beliau berkata, api berjaya dipadamkan sepenuhnya dan setelah tiada lagi puncapunca nyalaan api, pasukan bomba bertolak balik ke balai.

Sementara itu, Pegawai Pertahanan Awam Bahagian

Bintulu Kapten (PA) Mohd Johari Mohd Taufik berkata, lima anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) bersama ambulans APM turut ke lokasi kejadian untuk memberi bantuan.

Katanya, tiada kemalangan jiwa dan kecederaan berlaku dalam kebakaran tersebut yang berjaya dipadam oleh pasukan bomba pada jam 4.43 pagi.

“Anggota APM telah mengambil beberapa maklumat beberapa orang di tempat kejadian sebelum kembali semula ke Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Bintulu,” katanya.

Punca kejadian dan anggaran kerugian akibat kebakaran itu masih dalam siasatan JBPM.

 ?? ?? MUSNAH: Anggota APM meninjau keadaan bengkel yang telah terbakar di Kidurong, semalam.
MUSNAH: Anggota APM meninjau keadaan bengkel yang telah terbakar di Kidurong, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia