Utusan Borneo (Sarawak)

WL Furniture perkenalka­n pelbagai perabot kayu belian

Pelanggan di Miri berpeluang mengagumi keindahan kayu belian yang dibuat menjadi perabot kayu berkualiti dan unik

- Oleh Eric Edward

“Kayu ini mempunyai ketumpatan dan kekerasan yang mengagumka­n, menjadikan­nya tahan terhadap pereputan, serangga perosak dan ” keadaan cuaca yang melampau.

Lau Hui Kiong Pemilik WL Furniture Sdn Bhd

MIRI: Kayu belian Borneo yang mengambil masa beberapa ratus tahun untuk tumbuh matang di hutan hujan pulau Borneo, adalah bukti keupayaan alam semula jadi untuk menghasilk­an bahan yang luar biasa.

Kayu bersifat kukuh ini telah memperoleh reputasi untuk kekuatan, ketahanan dan kualiti estetik yang unik.

Di Miri, di WL Furniture Sdn Bhd anda boleh mengagumi keindahan kayu ini yang dibuat menjadi pelbagai perabot kayu yang termasuk seperti set ruang makan, set ruang tamu, meja kopi, bingkai pintu, serta perabot gaya antik dan hiasan kayu.

“Salah satu ciri yang menentukan kayu belian Borneo ialah kekuatanny­a yang tiada tandingann­ya.

“Kayu ini mempunyai ketumpatan dan kekerasan yang mengagumka­n, menjadikan­nya tahan terhadap pereputan, serangga perosak dan keadaan cuaca yang melampau,” kata pemiliknya Lau Hui Kiong.

Digunakan secara tradisiona­l untuk membina rumah, bot dan jambatan, struktur kayu belian mampu bertahan selama beberapa generasi, tambahnya.

Sambil menunjukka­n beberapa perabotnya yang dipamerkan beliau menjelaska­n, selain kekuatanny­a kayu belian Borneo dihargai kerana penampilan­nya yang menarik.

Kayu itu mempamerka­n pelbagai warna, daripada kuning pucat hingga coklat gelap.

Daya tarikan estetiknya telah membawa kepada penggunaan­nya dalam menghasilk­an perabot mewah, ukiran artistik dan barangan hiasan, yang mempamerka­n keindahan semula jadi kayu.

Beliau berkata, kayu belian Borneo mempunyai kepentinga­n budaya yang penting bagi masyarakat orang asli Borneo.

Secara tradisinya, ia telah digunakan dalam pembinaan rumah panjang, ruang perhimpuna­n komunal yang berfungsi sebagai titik tumpuan kehidupan sosial, dan ukiran artistik menggambar­kan tradisi Sarawak yang kaya.

Ketika ditanya bagaimana beliau mendapat idea untuk menubuhkan kedai perabot belian Lau berkata, idea itu tercetus apabila dia menyedari terdapat banyak stok kayu belian di pekarangan kedainya di Pujut Padang Kerbau di sini.

Justeru, beliau memutuskan untuk memperkena­lkan perabot kayu belian kepada penduduk tempatan di sini.

Katanya lagi, kayu itu dituai dari hutan kawasan

Ulu Kakus, Bintulu dan Ulu Tinjar, Lapok.

Selepas itu diangkut ke kilangnya di Senadin untuk dijadikan perabot dan ukiran kayu lain.

Selain perabot rumah, terdapat juga ukiran kayu hiasan yang menggambar­kan naga Cina serta wanita bermain seruling.

Kunjungibi­likpameran­WL Furniture di Lot 2090 Marina Fasa 1, Miri, atau hubungi 085-418527 atau 428527 atau Lau di 019-8551949. Syarikat tersebut menyediaka­n penghantar­an percuma perabot ini untuk pelanggan di Miri.

Para pelanggan dari Brunei juga dialu-alukan.

Kad kredit, tunai serta dolar Brunei diterima untuk pembayaran.

Kedai perabot dibuka setiap hari dari 10.30 pagi hingga 9 malam.

 ?? ?? INDAH: Ukiran kayu belian yang menggambar­kan seorang wanita bermain seruling.
INDAH: Ukiran kayu belian yang menggambar­kan seorang wanita bermain seruling.
 ?? ?? IDEA: Lau ketika ditemui di kedai perabotnya di Marina Fasa 1, Miri.
IDEA: Lau ketika ditemui di kedai perabotnya di Marina Fasa 1, Miri.
 ?? ?? KUKUH: Set ruang tamu yang diperbuat daripada kayu belian Borneo.
KUKUH: Set ruang tamu yang diperbuat daripada kayu belian Borneo.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia