Utusan Borneo (Sarawak)

Pastikan kawasan kediaman bebas tempat pembiakan nyamuk aedes

-

SRI AMAN: Kebersihan kawasan kediaman perlu dipelihara agar bebas daripada tempat pembiakan nyamuk aedes yang membawa penyakit berjangkit demam denggi.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembanguna­n Bakat Datuk Francis Harden Hollis berkata, adalah menjadi tanggungja­wab Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) untuk memastikan kawasan kediaman sentiasa selesa dan terhindar daripada segala bentuk penyakit.

“Jika kawasan anda kotor, ini pasti akan mengundang pelbagai penyakit seperti denggi, taun, demam kepialu dan sebagainya sekali gus membahayak­an para penghuniny­a.

“Sebelum penyakit menjejaska­n kehidupan kita, saya menyeru ahli JKKK di setiap kawasan di daerah ini agar mengadakan program gotong-royong sekurang-kurangnya sekali sebulan,”ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berkata demikian ketika berucap di Program Pembanguna­n Komuniti Majlis Daerah Sri

Aman (MDSA) di Pasar Sabu, dekat sini, semalam.

Program gotong-royong dan kempen kebersihan berkenaan anjuran Majlis Daerah Sri Aman (MDSA) bersama JKKK Kaum Cina Pasar Sabu.

Menurutnya, gotongroyo­ng perlu melibatkan kerja-kerja membersihk­an persekitar­an seperti menebas rumput, memastikan pengairan air tidak tidak terhalang oleh longkang tersumbat, mengumpul sampah sarap dan sebagainya.

“Kawasan yang tidak dibersihka­n dengan sempurna berpotensi menjadi sarang pembiakan nyamuk aedes,” ujarnya sambil menambah bahawa JKKK harus mengambil inisiatif sendiri tanpa mengharapk­an kehadiran pihak MDSA dalam penganjura­n gotong-royong.

Selain itu, Harden menegaskan aktiviti gotongroyo­ng tidak harus dianggap bermusim sebaliknya perlu dilakukan dari semasa ke semasa, bukan sekadar menjelang perayaan.

“Jika kawasan kita bersih, ia pasti mencermink­an sikap para penghuniny­a yang bertanggun­gjawab dan peka dengan keadaan sekeliling,” ujarnya.

 ?? ?? KEMPEN KEBERSIHAN: Harden (tengah) merakamkan kenangan bersama penduduk pada Program Pembanguna­n Komuniti MDSA di Pasar Sabu, semalam.
KEMPEN KEBERSIHAN: Harden (tengah) merakamkan kenangan bersama penduduk pada Program Pembanguna­n Komuniti MDSA di Pasar Sabu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia