Utusan Borneo (Sarawak)

IPD Sri Aman jayakan perhimpuna­n bulanan

-

SRI AMAN: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sri Aman mengadakan Perhimpuna­n Bulanan bersama Ketua Polis Daerah (KPD) Sri Aman DSP Mathew Manggie di padang kawad IPD berkenaan di sini, semalam.

Perhimpuna­n bagi bulan Januari itu telah disertai 14 Pegawai Kanan Polis (PKP), 91 Pegawai Rendah Pangkat (PRP) dan 18 Pegawai Awam.

Manakala dari Kompeni ‘C’, Batalion 10 Kem Temudok, Pegawai Gerakan Am (PGA) Sri Aman yang diketuai Inspektor Amirol Mahathir Mohamad, Platun Komanderme­wakiliKomp­eni Komander.

Terdahulu, Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n Komuniti Daerah (KBPJKKD) Inspektor Wealy James dilantik sebagai Pegawai Pemerintah Baris dan dibantu SI Hamka Arabi dari BPJKKD.

Mathew ketika menyampaik­an amanat pada perhimpuna­n berkenaan menekankan disiplin, kerjasama, saling menghormat­i dan mengekalka­n hubungan baik serta kolaborati­f di antara IPD Sri Aman dengan pasukan sahabat iaitu Kompeni ‘C’ Batalion 10 Kem Temudok PGA.

Selain itu, beliau turut menekankan pematuhan peraturan 3C Peraturanp­eraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib 1993) yang bertunjang­kan integriti dan tatakelola yang baik serta mendukung dasar-dasar kerajaan ke arah kesejahter­aan masyarakat yang perlu diteruskan sebagai hala tuju PDRM.

Pada majlis itu, beliau telah menyampaik­an Sijil Penghargaa­n KPD Sri Aman kepada seorang PKP Kem Temudok, sembilan PRP lain-lain pangkat IPD Sri Aman dan Kem Temudok, serta dua pegawai awam IPD Sri Aman.

Beliau turut menyampaik­an sijil penghargaa­n daripada Ketua Polis Johor kepada seorang PKP dan seorang

PRP IPD Sri Aman.

Dalam pada itu, beliau turut mengucapka­n syabas dan tahniah kepada semua penerima sijil dan berharap semoga terus dapat mengekalka­n mutu perkhidmat­an yang cemerlang dalam penugasan harian.

 ?? ?? TAHNIAH: Mathew (kanan) sedang menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada salah seorang anggotanya semasa perhimpuna­n di Sri Aman, semalam.
TAHNIAH: Mathew (kanan) sedang menyampaik­an sijil penghargaa­n kepada salah seorang anggotanya semasa perhimpuna­n di Sri Aman, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia