Utusan Borneo (Sarawak)

Miri Home For The Aged perlu RM20,000 untuk menampung perbelanja­an bulanan

-

MIRI: Rumah kebajikan warga emas Miri Home For The Aged memerlukan kira-kira RM20,000 bagi menampung perbelanja­an bulanan untuk melaksanak­an operasi premis rumah kebajikan terbabit.

Penyeliany­a Penghulu Betty Pong berkata, sumbangan dari segi kewangan yang dterima dalam beberapa tahun kebelakang­an ini agak rendah jika dibandingk­an sebelumnya dan kutipan amal turut berkuranga­n.

“Sumbangan dari segi kewangan yang diterima digunakan untuk perbelanja­an pentadbira­n termasuk bil air dan elektrik setiap bulan.

“Malah, ia juga termasuk untuk membayar gaji pekerja, pemeriksaa­n kesihatan penghuni warga emas, pengangkut­an pergi dan balik ke hospital serta keperluan lain,” ujarnya.

Menurut Pong, kekurangan sumbangand­arisegikew­angan terbabit berikutan dengan impak ekonomi selepas pandemik COVID-19.

“Mungkin disebabkan pandemik dan ekonomi yang memberi kesan kepada semua orang menyebabka­n jumlah sumbangan yang kami terima turut berkuranga­n.

“Kamisedard­anmemahami keadaan terbabit.

“Setiap bulan, pihak pengurusan kami menerima kira-kira RM1,000 ke RM2,000 sumbangan daripada orang awam.

“Bagi tahun ini dan menjelang sambutan Tahun

Baharu Cina, kami menerima lebih RM10,000.

“Walaupun dilihat kurang untuk menampung kos operasi, namun kami bersyukur.

“Jika dibandingk­an sebelum pandemik, kami menerima lebih daripada jumlah terbabit setiap bulan,” jelasnya.

Ujar Pong, rumah kebajikan terbabit dihuni seramai 27 warga emas dan tujuh kakitangan yang menguruska­n dari pentadbira­n sehingga menguruska­n keperluan warga emas terbabit.

Bagaimanap­un jelas Pong, dari segi keperluan asas pihaknya bersyukur kerana menerima bekalan keperluan harian terutamany­a makanan asas daripada pelbagai pihak yang bermurah hati.

Sabtu lalu, pihaknya telah menerima kunjungan daripada Kelab Lions Batu Niah yang diketuai oleh Presidenny­a Andy Jong bagi menyampaik­an sumbangan keperluan harian.

“Walaupunsu­mbangandar­i segi kewangan berkuranga­n, namun kami bersyukur kerana dari segi sumbangan keperluan asas seperti makanan, kami sentiasa menerimany­a daripada pelbagai pihak.

“Keperluan terbabit semakin bertambah terutamany­a pada musim perayaan yang sekali gus memberi keceriaan kepada penghuni agar tidak berasa tersisih pada musim perayaan.

“Secara tidak langsung, ini juga menunjukka­n semangat kecintaan masyarakat kita terhadap aktiviti amal dan mengambil berat terhadap warga emas,” tambahnya.

 ?? ?? PENTING: (Berdiri dua kiri) Jong menyampaik­an sumbangan keperluan asas kepada Pong pada kunjungan Kelab Lions Batu Niah ke Miri Home For The Aged, Sabtu lalu.
PENTING: (Berdiri dua kiri) Jong menyampaik­an sumbangan keperluan asas kepada Pong pada kunjungan Kelab Lions Batu Niah ke Miri Home For The Aged, Sabtu lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia