Utusan Borneo (Sarawak)

MDSA akan laksana kutipan sampah pukal, 5-9 Februari

-

SRI AMAN: Majlis Daerah Sri Aman (MDSA) akan mengadakan program kutipan sampah pukal serta berat bermula 5 sehingga 9 Februari ini yang melibatkan bahan seperti perabot lama, peti sejuk, mesin basuh, almari, bangku, sofa dan lain-lain.

MDSAdalams­atukenyata­an semalam berkata, orang ramai diminta meletakkan bahan buangan masing-masing di lokasi pada tarikh yang telah ditetapkan.

Menurut kenyataan itu lagi, pada 5 Februari kutipan itu akan berada di taman Sri Jaya, Taman Desa Indah, Jalan Hollis, Jalan Brayun, Taman Suria, Taman Makmur dan Taman King.

Pada 6 Februari, MDSA akan mengadakan kutipan di Jalan Pasir Panas, Taman Pasir

Panas, Jalan Sabu, Taman Kurniaman, Jalan Sinjor dan Kampung Teratai.

Sementara itu pada 7 Februari, sesi kutipan berkenaan akan berada di Jalan Belimbing, Taman Lucky, Taman Loon-Loon, Jalan Batang Lupar, Jalan Tawi Sli, Jalan Kejatau dan Kampung Sri Wangi.

Pada 8 dan 9 Februari pula, kutipan akan diadakan di Jalan Bayu, Jalan SerianSima­nggang, Rancangan Perumahan Rakyat (RPR) Fasa 1, Taman Sentosa Indah, Kampung Tuai Rumah John Ellie, Taman Harmoni, Kampung Temudok dan Kampung Entulang Cina.

“Masa kutipan di semua kawasan terlibat adalah bermula jam 8 pagi hingga 5 petang,” tambah kenyataan itu.

MDSA memaklumka­n kutipan sampah secara pukal atau berat hanya dilakukan dengan menggunaka­n lori berlogo Majlis Daerah Sri Aman

“Sekiranya terdapat lori lain selain lori MDSA melakukan kutipan sampah pukal dan berat, sila laporkan kepada pihak berkuasa (polis) bagi tujuan keselamata­n,” jelas kenyataan itu lagi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia