Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat harus pastikan Sarawak terus jadi pilihan pelabur: Wee

Kerajaan stabil dengan masa depan cerah menjadi tarikan mereka

- Oleh Jessica Jawing

KUCHING: Masyarakat di bandar raya ini khasnya dan rakyat Sarawak amnya harus meneruskan usaha merealisas­ikan misi dan visi negeri ini ke peringkat lebih tinggi agar terus menjadi pilihan pelabur.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) Dato Wee Hong Seng berkata, kini banyak outlet baharu dan pelaburan baharu datang ke Sarawak termasuk di Kuching.

“Sebagai rakyat Sarawak, kita sudah pastinya amat menghargai apabila kita tuan rumah (perniagaan) ini bermakna mereka datang dan melabur di Sarawak.

“Saya pasti ramai yang maklum alasan mereka datang ke sini. Pertamanya bagi saya adalah kerana kerajaan kita yang stabil dan keduanya masa depan yang cerah.

“Selain itu, Premier kita juga telah ke seluruh negara dan menggunaka­n platform antarabang­sa meletakkan kita di peta dunia,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan outlet perabot yang menggunaka­n teknologi tinggi iaitu WAYES Malaysia di sini, semalam.

Sehubungan itu, Wee berharap semua rakyat Sarawak terus kekal bersatu membawa negeri ke era baharu demi kemakmuran Sarawak.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau berkata kehadiran WAYES Malaysia merupakan bab baharu kepada Sarawak. Ditubuhkan pada tahun 2003, perabot daripada syarikat itu sentiasa mematuhi konsep ‘tempah khas tanpa reka bentuk’ khusus untuk menyediaka­n pelanggan dengan reka bentuk, perkhidmat­an dan produk yang sangat baik.

“Melalui penyepadua­n format dan perindustr­ian, ia telah lama menjadi salah satu peneraju dalam bidang perabot tempah khas di China, berjaya disenaraik­an, dengan lebih 1,700 rangkaian kedai tempah khas di seluruh negara.

“Saya amat percaya ini akan membawa kita titik permulaan baharu dan

“Saya pasti ramai yang maklum alasan mereka datang ke sini. Pertamanya bagi saya adalah kerana kerajaan kita yang stabil dan keduanya ” masa depan yang cerah.

Dato Wee Hong Seng Datuk Bandar MBKS

pengalaman rumah yang sangat baik,” katanya.

 ?? — Gambar Roystein Emmor ?? RASMI: Wee (tiga kiri) bersama wakil WAYES Malaysia memotong kek sempena pelancaran outlet pertama mereka di Kuching, semalam.
— Gambar Roystein Emmor RASMI: Wee (tiga kiri) bersama wakil WAYES Malaysia memotong kek sempena pelancaran outlet pertama mereka di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia