Utusan Borneo (Sarawak)

13 anggota penguat kuasa JPJ Sibu ikuti kursus kendali motosikal berkuasa tinggi

-

SIBU: Seramai 13 anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkut­an Jalan (JPJ) Cawangan Sibu mengikuti kursus kemahiran penunggang­an dan pengendali­an motosikal berkuasa tinggi selama tiga hari bermula kelmarin hingga 1 Februari.

Ketua Cawangan JPJ Sibu Mohamad Faizal David berkata, kursus itu bagi memberi pendedahan kepada penunggang­an dan pengendali­an motosikal model Kawasaki Versys 650 dan X250 yang digunakan Unit Penguatkua­saan Bermotosik­al (UPB).

Menurutnya, kursus tersebut dikendalik­an oleh Ketua UPB Sarawak Zooraini Aini bersama anggotanya di pekarangan pejabat JPJ Sibu.

Selain itu, peserta juga mengikuti latihan penunggang­an secara berkonvoi dan pematuhan peraturan jalan raya.

“Anggota-anggota juga menjalani latihan pengiringa­n VIP dan Khas serta didedahkan dengan SOP Pengiringa­n dan latihan secara teori dan praktikal, taklimat dan latihan Enforcemen­t Action Camera (EAC) UPB.

“Dengan kursus tersebut lebih ramai anggota penguat kuasa JPJ Sibu memiliki kemahiran menunggang serta mengendali­kan motosikal berkuasa tinggi dan boleh menjadi pelapis dan kemudian diserapkan ke UPB sekiranya ada penggilira­n tugas.

“Apabila ramai anggota penguat kuasa mempunyai kemahiran menunggang dan mengendali­kan motosikal Kawasaki Versys 650 dan Kawasaki X250, ia secara langsung memperkasa UPB Sibu,” katanya selepas perasmian kursus kemahiran penunggang­an dan pengendali­an motosikal Kawasaki Versys 650 dan X250 di sini.

Terdahulu dalam ucapannya, beliau mengingatk­an peserta memberi fokus sepenuhnya terhadap setiap latihan serta pengajaran oleh jurulatih-jurulatih bagi memastikan mereka memperoleh ilmu secara maksimum untuk digunakan semasa bertugas.

Katanya, kursus-kursus lanjutan bagi meningkatk­an kemahiran anggota-anggota UPB juga diadakan dari semasa ke semasa.

 ?? ?? RASMI: Mohamad Faizal melakukan perasmian Kursus Kemahiran Penunggang­an dan Pengendali­an Motosikal Kawasaki Versys 650 dan X250 disaksikan Zooraini (kiri) di Sibu, kelmarin.
RASMI: Mohamad Faizal melakukan perasmian Kursus Kemahiran Penunggang­an dan Pengendali­an Motosikal Kawasaki Versys 650 dan X250 disaksikan Zooraini (kiri) di Sibu, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia