Utusan Borneo (Sarawak)

Program FoodUnites KPN meriahkan Tebingan Kuching pada 3 dan 4 Februari

-

KUCHING: Kementeria­n Perpaduan Negara (KPN) akan memeriahka­n Tebingan Kuching pada 3 dan 4 Februari 2024 dengan program perpaduan masyarakat Malaysia, FoodUnites.

Menurut kenyataan KPN kelmarin, program tersebut dijangka dirasmikan oleh Menteri Perpaduan Negara Dato Sri Aaron Ago Dagang pada 3 Februari 2024.

“Program FoodUnites merupakan satu lagi inisiatif KPN bertujuan menghidupk­an semula dan mengekalka­n makanan warisan sebagai simbol perpaduan di Malaysia.

“Lebihkhusu­slagi,program ini menitikber­atkan usaha untuk memperkena­lkan dan meningkatk­an kesedaran terhadap makanan tradisi, khususnya di kalangan generasi muda.

“Melalui program FoodUnites dengan menjadikan makanan sebagai jambatan penyatupad­uan di tengah kepelbagai­an kita,” katanya.

FoodUnites bukan hanya sekadar festival makanan tetapi juga sebuah perhimpuna­n budaya yang merentasi waktu, membawa kehidupan kepada ceritaceri­ta di sebalik setiap hidangan dan mengajak masyarakat­untukmengh­argai kekayaan kuliner yang menjadi warisan kita.

Tigaobjekt­ifutamapro­gram tersebut adalah memupuk semangat perpaduan di kalangan masyarakat

Malaysia dengan menghargai kepelbagai­an budaya dan tradisi setiap kaum.

Juga, mengangkat dan melestarik­an makanan sebagai warisan negara yang harus dijaga dan diwarisi oleh generasi muda selain menyatukan masyarakat Malaysiame­laluikepel­bagaian makanan sebagai cerminan tanda keunikan dan keharmonia­n negara.

Program ini akan menampilka­n laksa Sarawak sebagai makanan utama serta enam lagi makanan tradisi yang mewakili setiap kaum.

“Antaranya nasi lemak, char kuey teow, nasi beriani, latok, ayam pansuh, dan kek lapis.

“Pelbagai aktiviti menarik akan disajikan kepada pengunjung, termasuk zumba,permainant­radisional, cabutan bertuah, kesenian dan kebudayaan, pameran, pertanding­an dan banyak lagi,” tambahnya.

Seluruh masyarakat Malaysia, terutama masyarakat Sarawak dijemput berkunjung ke FoodUnites dan menyemarak­kan lagi program tersebut dengan semangat dan satu tujuan yang sama iaitu memperkuku­h perpaduan antara kita semua.

Jangan lepaskan peluang untuk hadir ke program ini bersama keluarga dan sahabat-handai, masuk adalah percuma bermula jam 10 pagi hingga 10 malam.

Untuk info lanjut sila layari laman Facebook KPN.

 ?? ?? SUMBANGAN: Tay (berdiri tengah) bersama Pemuda SUPP Simanggang dan Ahli Majlis MDSA serta penerima sumbangan TBC, kelmarin.
SUMBANGAN: Tay (berdiri tengah) bersama Pemuda SUPP Simanggang dan Ahli Majlis MDSA serta penerima sumbangan TBC, kelmarin.
 ?? ?? PASTI MERIAH: Poster FoodUnites KPN 2024 di Kuching pada 3 dan 4 Februari ini.
PASTI MERIAH: Poster FoodUnites KPN 2024 di Kuching pada 3 dan 4 Februari ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia