Utusan Borneo (Sarawak)

Jual teh ‘O’ 50 sen, niat sedekah setelah anak sembuh leukemia

Suami isteri mahu membalas budi penderma yang banyak membantu

-

PORT DICKSON: Sepasang suami isteri menjual air teh ‘O’ berharga hanya 50 sen secawan dengan niat bukan mahu meraih keuntungan semata-mata, tetapi sebagai cara membalas budi penderma yang membantu sehingga anak perempuan mereka sembuh daripada leukemia.

Yusnira Mukhtar, 42, dan suaminya Rohaizad Abdul Khalid, 44, berkata Warung Teh ‘O’ 50 Sen di Jalan Pantai, Kampung Bagan Pinang dekat sini yang dibuka sejak 10 tahun lepas dilihat kaedah terbaik dalam bersedekah kepada pelanggan dan rakan yang banyak membantu mereka sekeluarga ketika menghadapi kesulitan.

“Kami menjual air teh ‘O’ ais atau teh ‘O’ panas dengan harga 50 sen kerana mahu membalas balik kebaikan penderma yang menghulurk­an pertolonga­n semasa anak kedua kami Puteri Iris Sofea didapati menghidap leukemia ketika berusia dua tahun.

“Kami tidak mampu nak mencari setiap individu yang telah membantu selama ini, saya dan suami sangat bersyukur dan amat berterima kasih, jadi saya fikir ini cara terbaik iaitu bersedekah dengan pelanggan ” kami. Yusnira Mukhtar Ibu

“Kami tidak mampu nak mencari setiap individu yang telah membantu selama ini, saya dan suami sangat bersyukur dan amat berterima kasih, jadi saya fikir ini cara terbaik iaitu bersedekah dengan pelanggan kami,” katanya ketika ditemui barubaru ini.

Yusnira berkata, walaupun dia dan suami terpaksa berhenti kerja untuk menjaga anaknya itu, dia sekeluarga bersyukur anak perempuann­ya yang kini menginjak usia 14 tahun telah sihat sepenuhnya atas bantuan rakan-rakan sepejabat yang menderma hampir RM20,000.

Warung itu katanya, turut menjual pelbagai pilihan air termasuk coconut shake dan masakan Melayu seperti asam pedas dan salai mengikut harga pasaran dan berpatutan, malah warung itu juga sering dikunjungi pelanggan terutamany­a pada hujung minggu.

“Dalam sehari purata lebih 20 pelanggan pesan teh ‘O’ panas atau teh ‘O’ ais, nama Warung Teh ‘O’ 50 sen ini juga antara faktor pelanggan ingin datang dan mencuba makanan kami, alhamdulli­lah perniagaan baik. Insya-Allah saya dan suami akan kekal menjual teh ‘O’ dengan harga 50 sen,” katanya.

Yusnira berkata, walaupun berdepan dengan kenaikan kos barangan, mereka tetap menjual teh ‘O’ dengan harga sama dan mengekalka­n niat mereka untuk bersedekah. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TUMPUAN: Rohaizad dan Yusnira dikenali dengan menjual minuman teh ‘O’ panas dan sejuk yang dijual dengan harga RM0.50 di hadapan Warung Teh ‘O’ 50 sen di Bagan Pinang, Seremban semalam.
— Gambar Bernama TUMPUAN: Rohaizad dan Yusnira dikenali dengan menjual minuman teh ‘O’ panas dan sejuk yang dijual dengan harga RM0.50 di hadapan Warung Teh ‘O’ 50 sen di Bagan Pinang, Seremban semalam.
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia