Utusan Borneo (Sarawak)

Orang Asli Temiar mohon naik taraf rumah buluh

-

GUA MUSANG: Masyarakat Orang Asli suku kaum Temiar di Pos Simpor memohon pertimbang­an kerajaan untuk menambah bilangan rumah berstruktu­r batu menggantik­an rumah buluh yang didiami mereka ketika ini.

Pengerusi Jawatankua­sa Pembanguna­n dan Keselamata­n Kampung Orang Asli (JPKKOA) Pos Simpor Dendi Johari berkata setakat ini hanya sebilangan penduduk mendapat kemudahan kediaman menerusi Program Bantuan Rumah (PBR) yang dibina di 11 kampung di pos terbabit.

Dendi berkata lebih banyak bantuan perumahan diperlukan bagi menampung pertambaha­n bilangan penduduk setiap tahun dan pada masa yang sama menjadi kediaman lebih baik untuk diwarisi generasi akan datang.

“Kebanyakan rumah penduduk dibina sendiri menggunaka­n kayu dan buluh, namun ia mudah rosak dan memerlukan penyelengg­araan. Justeru saya berharap akan ada lebih banyak program bantuan perumahan kepada Orang Asli di pedalaman dilaksanak­an tahun ini.

“Setakat ini kira-kira 86 rumah baharu diperlukan untuk menggantik­an rumah penduduk di Kampung Sedal, Kampung Penad, Kampung Ceranok, Kampung Dandut, Kampung Jader Lama, Kampung Jader Baru, Kampung Rekom, Kampung Simpor dan Kampung Kledang,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Penduduk Kampung Jader Lama Ami Along, 59, berkata masih ramai penduduk di kampungnya menantikan PBR bagi membolehka­n mereka mendapat kediaman lebih selesa serta lengkap dengan bilik dan tandas.

“Walaupun tinggal di rumah buluh adalah warisan nenek moyang dan menjadi tradisi kami, saya rasa anak dan cucu perlu hidup dalam suasana rumah lebih baik serta selesa.

“Saya minta pihak kerajaan untuk mempertimb­angkan keperluan kami walaupun berada di pedalaman,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia