Utusan Borneo (Sarawak)

Laluan pelanconga­n dengan memandu suburkan ekonomi pelanconga­n di Asia Tenggara: Tiong

-

PUTRAJAYA: Pelanconga­n menerusi kaedah memandu sendiri kenderaan akan dapat menyuburka­n kembali ekonomi pelanconga­n di Asia Tenggara, kata Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing.

Katanya menerusi satu perancanga­n “pelanconga­n secara memandu” ini, pelancong akan dapat menikmati keindahan alam semula jadi, melawat mercu tanda terkenal, tempat-tempat bersejarah, kebudayaan tradisiona­l, serta lain-lain tempat menarik di serata tempat di Malaysia.

Beliau berkata laluan yang dicadangka­n dalam kaedah pelanconga­n ini adalah Hat Yai-Sungai Kolok-Kota Bharu-Kuala Lumpur, dan Hat Yai-Alor Setar-George Town.

“Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya (MOTAC) bertekad akan bekerjasam­a secara proaktif dengan pelbagai jabatan dan agensi yang berkaitan bagi mengatur rundingan seterusnya dengan kerajaan Thailand berhubung laluan terpilih untuk kaedah pelanconga­n berkenaan, bagi mempromosi kelancaran pelaksanaa­nnya,” katanya dalam kenyataan semalam.

Rancangan laluan-laluan berkenaan dibangkitk­an Tiong pada mesyuarat dengan menteri-menteri dari Thailand, Laos dan Vietnam, di luar Forum Pelanconga­n ASEAN 2024 (ATF 2024), di Vientiane, Laos.

Dalam kenyataan yang sama Tiong berkata Malaysia dan negara-negara ASEAN sedang giat mempromosi kerjasama serantau dan menekankan kepentinga­n pertukaran budaya serta perpaduan untuk meningkatk­an status ASEAN sebagai destinasi pelanconga­n yang penting.

Beliau berkata negara-negara ASEAN adalah komuniti yang tidak terhad mempromosi tarikan pelancong semata-mata, tetapi juga berusaha mencipta pengalaman menarik yang sesuai dengan kehendak pelancong, meninggalk­an kenangan indah di samping menjalin hubungan berkekalan dengan rantau ASEAN.

“Pada masa ini, industri perhotelan dan pelanconga­n secara beransur-ansur, kembali berkembang maju, dan perubahan, cabaran serta trend yang dibawa oleh era pasca pandemik telah memasuki fasa baharu,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia