Utusan Borneo (Sarawak)

Lelaki bersenjata culik kanak-kanak, guru dari bas sekolah di Nigeria

-

ABUJA: Sekumpulan lelaki bersenjata telah menyerang sebuah bas sekolah Nigeria dan menculik lima kanakkanak dan guru mereka, kata pengasas sekolah kelmarin ketika kemarahan berkembang mengenai keadaan tidak selamat di negara itu.

Penculikan bagi wang tebusan oleh kumpulan penjenayah merupakan satu masalah besar di Nigeria dan kerajaan baharu sedang berdepan dengan bantahan terhadap peningkata­n kes penculikan.

Lelaki bersenjata di barat daya wilayah Ekiti telah menembak tayar bas dan menjadikan kanak-kanak tersebut sebagai tebusan ketika mereka dalam perjalanan pulang ke rumah dari sekolah pada tengah hari Isnin, pengasas bersama Gabriel Adesanya memaklumka­n AFP.

Beliau berkata pelajar dari Emure Apostolic Faith Primary School yang berusia di antara lapan dan 14 tahun masih hilang bersama dengan pemandu bas, konduktor dan dua guru.

“Saya tidak pernah melihat apa-apa seperti ini sebelum ini,” katanya. “Ibu bapa berasa sangat bimbang.”

Polis mengesahka­n penculikan itu dan menyatakan mereka telah menghantar anggota bagi memastikan mangsa diselamatk­an dan suspek diberkas.

Rakaman yang dikongsika­n secara dalam talian, yang tidak dapat disahkan oleh AFP, menunjukka­n sebuah bas sekolah kosong dan beberapa barang yang ditinggalk­an.

“Tidak ada keselamata­n di negara kita,” kata seorang lelaki dalam rakaman itu.

Polis berkata dua ketua tradisi telah dibunuh dalam serangan berasingan di daerah yang sama pada Isnin.

Raja Ekiti ditembak mati oleh lelaki bersenjata yang tidak dikenali.

Dalam satu pesanan mengecam “pertumpaha­n darah kejam”, Presiden Bola Ahmed Tinubu menyeru bagi “tindakan menyelamat segera” pelajar dan guru yang diculik.

“Presiden Tinubu memberi jaminan kepada rakyat Nigeria bahawa pembentuka­n keselamata­n di negara telah diperkukuh­kan dengan teguh,” kata jurucakapn­ya.

Tinubu yang memegang kuasa pada tahun lepas berjanji akan menangani keadaan tidak selamat di Nigeria, termasuk kumpulan pelampau di timur laut, militia penjenayah di barat laut dan kemarahan terhadap keganasan antara kaum di daerah tengah – namun pengkritik berkata keganasan adalah di luar kawalan.

Pihak perunding risiko Nigeria, SBM Intelligen­ce, berkata ia telah merekodkan 3,964 orang diculik di Nigeria sejak Tinubu memegang jawatan pada Mei.

Pada awal tahun penjenayah telah menculik lima adik-beradik perempuan yang masih muda berhampira­n ibu negeri Abuja dan membunuh seorang ketika tarikh akhir wang tebusan tamat, mencetuska­n kemarahan di seluruh dunia.

Penculikan 276 pelajar perempuan dari Chibok di timur laut Nigeria oleh militan Boko Haram menjadi tajuk utama global pada 2014, namun kes penculikan harian jarang mendapat perhatian dunia. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia