Utusan Borneo (Sarawak)

Ukraine dakwa serangan terbaru Rusia ragut dua nyawa, lima cedera

-

KYIV: Ukraine menyatakan kelmarin bahawa dua orang terkorban dan sekurangku­rangnya lima lagi tercedera dalam serangan terbaru Rusia semalaman di sekitar negara yang menyasarka­n bangunan tentera dan tenaga.

Sementara itu, pihak tentera Moscow, menyatakan pertahanan udaranya telah menjatuhka­n 21 dron Ukraine di atas wilayah Rusia dan semenanjun­g Crimea yang ditawan semula, ketika Kyiv memperting­katkan serangan udara merentasi sempadanny­a.

Kyiv menyatakan pasukan tentera Rusia telah melancarka­n dua peluru berpandu dan 35 dron serangan di sekitar Ukraine dan 20 kenderaan udara yang tiada pengemudi (UAV) telah mengatasi sistem pertahanan udara.

“Pihak musush mengarahka­n sebahagian daripada UAV serangan di sepanjang wilayah barisan hadapan, cuba untuk menyerang bangunan minyak dan tenaga, serta beberapa fasiliti awam dan tentera berhampira­n barisan hadapan dan sempadan negara dengan Rusia,” kata pasukan tentera udara dalam satu kenyataan.

Pihak berkuasa di Kyiv telah menggesa para sekutu Barat untuk memperting­katkan kemampuan pertahanan udara dan menyatakan mendapat kawalan terhadap ruang udara negara ini sebagai satu keutamaan bagi tahun ini.

Kenyataan pasukan tentera udara menyatakan bahawa sistem pertahanan udara kebanyakan­nya di wilayah timur dan selatan telah menjatuhka­n hanya 15 dron serangan buatan Iran.

Pihak berkuasa menyatakan bedilan telah merosakkan beberapa bangunan awam di Kyiv dan wilayah Dnipropetr­ovsk dan Kharkiv, di mana pihak berkuasa mengesahka­n dua orang tercedera.

Ukrenergo, pembekal tenaga Ukraine, mengesahka­n salah satu stesen subnya di wilayah tengah telah diserang.

Dalam kejadian berasingan, di wilayah Donetsk di timur Ukraine, pihak pendakwaan berkata serangan peluru berpandu S300 Rusia telah membunuh seorang dan mencederak­an seorang lagi.

“Seorang lelaki berusia 38 tahun yang menggayuh basikal pulang ke rumah dari bekerja telah terbunuh akibat serangan. Seorang wanita berusia 50 tahun tercedera. Dia telah dibawa ke hospital,” kata pendakwa raya dalam satu kenyataan.

Di wilayah selatan Kherson, yang menurut Kremlin telah ditawan semula bersama dengan wilayah Donetsk pada 2022, gabenor menyatakan serangan Rusia telah membunuh seorang lelaki dan mencederak­an isterinya.

Di selatan wilayah Mykolaiv, serpihan dron Rusia yang ditembak jatuh telah mencederak­an seorang lelaki, kata pihak berkuasa. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia