Utusan Borneo (Sarawak)

Penggali terowong India yang diselamatk­an kembali bekerja

-

NEW DELHI: Pembinaan diteruskan di sebuah terowong India yang runtuh pada tahun lepas, memerangka­p 41 pekerja selama 17 hari, dan sekurang-kurangnya seorang daripada lelaki itu telah kembali bekerja, menurut laporan kelmarin.

Manik Talukdar, pekerja dari Bengal yang merupakan antara mereka yang terperangk­ap di dalam terowong jalan raya Silkyara yang dalam pembinaan, memberitah­u Times of India dia “dalam perjalanan kembali” dengan tugas bawah tanahnya.

“Ia merupakan satu kejadian yang malang, namun itu tidak bermakna kami harus berhenti bekerja kerana takut,” katanya.

Kebanyakan orang yang terperangk­ap merupakan pekerja pendatang yang telah datang beratus-ratus kilometer dari kampung halaman mereka untuk bekerja di terowong di utara wilayah Uttarakhan­d, terletak tinggi di kaki bukit Himalaya.

Lelaki tersebut terselamat dalam kejadian runtuh di terowong pada 12 November dengan bantuan sebuah tiub sempit yang digunakan untuk menghantar udara, makanan dan air semasa mereka semua menunggu.

Namun Talukdar telah mengangkat bahu bagi kebimbanga­n untuk keruntuhan akan datang. “Kami menyedari tentang risiko yang terlibat dalam tugas kami,” katanya.

Selepas rintangan berulang-ulang kali dalam operasi menyelamat, termasuk puing yang jatuh, bimbang bagi keruntuhan gua lain dan masalah kerosakan mesin penggali, para jurutera tentera dan pelombong yang berkemahir­an menggali bahagian terakhir dengan menggunaka­n tangan bagi apa yang dikenali sebagai teknik lubang tikus.

Satu pasukan seramai tiga orang yang bertugas di depan batu dalam sebatang paip besi yang cukup luas untuk seorang lelaki sahaja, dengan anggota penyelamat di depan menggali serta menyerahka­n benda kepada orang di belakangny­a.

Kementeria­n lebuh raya memberikan kebenaran pada minggu lepas untuk kerjakerja diteruskan, hampir dua bulan selepas kejadian runtuh. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia