Utusan Borneo (Sarawak)

Postecoglo­u akui Tottenham tidak mungkin membuat pembelian lagi

-

LONDON: Ange Postecoglo­u mengakui Tottenham tidak mungkin membuat pembelian lagi sebelum jendela perpindaha­n ditutup.

Postecoglo­u ialah salah seorang pengurus Liga Perdana yang aktif semasa jendela Januari yang perlahan ini.

Jurulatih dari Australia itu membawa masuk pemain pertahanan Romania, Radu Dragusin dan penyerang Jerman, Timo Werner ke kelab utara London.

Tottenham juga telah dikaitkan dengan pemain tengah Chelsea, Conor Gallagher dan pemain sayap Club Brugge, Antonio Nusa.

Tetapi Postecoglo­u berkata urus niaga kelabnya mungkin sudah selesai lebih awal daripada tarikh akhir Khamis.

“Beginilah, tidak mungkin, saya akan katakan. Saya tidak nampak sebarang kemasukan lagi,” katanya menjelang perlawanan Liga Perdana menentang Brentford pada Rabu.

“Pemergian, agak berbeza kerana saya tidak terlibat sepenuhnya dengan itu. Orang lain melakukan kerja itu.

“Saya akan mengatakan kemungkina­n tipis dalam kedua-duanya.

“Saya seronok bekerja dengan (pengarah teknikal) Johan (Lange) dan pasukannya. Saya pasti menjelang musim panas, kami akan bersedia untuk memastikan kami memanfaatk­an hakikat bahawa kami boleh membina skuad dan pasukan yang lebih kuat untuk cabaran yang akan datang.”

Tottenham berhasrat untuk bangkit menentang Brentford selepas tersingkir daripada pusingan keempat Piala FA menentang Manchester City pada hari Jumaat.

Ini bermakna kemarau trofi kelab itu akan berlanjuta­n ke tahun ke-17 melainkan mereka boleh memenangi liga musim ini.

“Sungguh mengecewak­an kami terkeluar daripada kedua-dua pertanding­an piala, terutamany­a dengan tidak berada di Eropah kerana jelas sekali penyokong benarbenar meminta kejayaan di kelab bola sepak ini, tetapi saya tidak boleh membiarkan itu menjejaska­n perjalanan saya,” Postecoglo­u berkata.

“Sekarang masih mengenai kami berkembang sebagai satu pasukan dan menamatkan separuh kedua musim dengan lebih kuat berbanding yang pertama.

“Jika kami berbuat demikian, kami akan berada dalam kedudukan yang baik untuk terus mencabar dan mendorong pasukan ini bersamasam­a. Itulah tumpuan kami.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia