Utusan Borneo (Sarawak)

Piala Asia: Arab Saudi tersingkir di pusingan 16 akhir

Mancini berjalan menuju ke terowong sebelum Korea Selatan menyempurn­akan tendangan penalti untuk kemenangan 4-2

-

DOHA: Roberto Mancini berkata dia ‘tidak berniat untuk biadap terhadap sesiapa’ dengan menghilang­kan diri ke terowong sebelum Korea Selatan mengambil penalti yang menyingkir­kan pasukan Arab Saudinya daripada Piala Asia semalam.

Mancini berjalan kembali ke bilik persalinan di Stadium Bandar Pendidikan Doha selepas Abdulrahma­n Ghareeb terlepas sepakan penalti kedua untuk Saudi dan menyerahka­n mata perlawanan kepada Korea Selatan.

Penyerang Wolverhamp­ton Wanderers, Hwang Heechan, menjaringk­an gol untuk menghantar Korea ke suku akhir menentang Australia, sekali gus menyingkir­kan pasukan Mancini di pusingan 16 akhir.

“Saya minta maaf, saya fikir ia sudah tamat,” kata jurulatih Itali itu mengenai pemergian awalnya.

“Saya tidak berniat untuk biadap terhadap sesiapa,” tambah Mancini, yang memenangi Kejohanan Eropah bersama Itali pada 2021.

“Saya ingin mengucapka­n terima kasih kepada semua pemain saya atas segala-galanya yang mereka lakukan. Mereka semakin bertambah baik.”

Penjaga gol pilihan kedua, Jo Hyeon-woo menjadi wira

Korea Selatan dalam sepakan penentuan itu, turut menyelamat­kan cubaan Sami Al-Najei untuk memberikan pasukannya kemenangan 42 menerusi sepakan penalti, selepas seri 1-1 pada penghujung masa tambahan.

Cho Gue-sung menjaringk­an gol penyamaan pada minit ke-99 masa biasa untuk memaksa perlawanan ke masa tambahan, selepas Abdullah Radif membuka jaringan untuk Saudi seawal 33 saat selepas masuk padang sebagai pemain gantian separuh masa.

Pasukan Liga Pro Saudi telah berusaha untuk menarik pemain terkenal manakala Arab Saudi bersedia untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia 2034, semuanya sebahagian daripada langkah untuk meluas pengelibat­an ke dalam sukan global.

Mancini mengambil alih jawatan jurulatih Arab Saudi pada Ogos tetapi dia tidak dapat membawa mereka ke Piala Asia pertama sejak 1996.

“Saya sangat gembira, saya

Roberto Mancini Jurulatih Arab Saudi

sangat sedih,” katanya.

“Saya sangat gembira kerana kami banyak berkembang. Kami bekerja bersama-sama selama sebulan dan ini sangat

 ?? — Gambar AFP ?? RAIKAN BERSAMA: Pemain Korea Selatan meraikan kejayaan menumpaska­n Arab Saudi melalui penentuan tendangan penalti pada perlawanan Piala Asia 2023 di Doha.
— Gambar AFP RAIKAN BERSAMA: Pemain Korea Selatan meraikan kejayaan menumpaska­n Arab Saudi melalui penentuan tendangan penalti pada perlawanan Piala Asia 2023 di Doha.
 ?? ?? MANCINI
MANCINI
 ?? ?? POSTECOGLO­U
POSTECOGLO­U

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia