Utusan Borneo (Sarawak)

Klopp tegaskan Liverpool tetap ‘stabil’

-

LIVERPOOL: Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp menggesa agar spekulasi dihentikan tentang sebilangan pemain bintang kelab itu berikutan berita bahawa dia akan meninggalk­an Anfield pada penghujung musim ini.

Kontrak Virgil van Dijk, Mohamed Salah dan Trent Alexander-Arnold berbaki 18 bulan lagi dan kapten Van Dijk menimbulka­n persoala apabila pemain Belanda itu berkata dia “tertanya-tanya arah tuju kelab itu” sebaik sahaja Klopp pergi.

“Ia benar-benar normal,” kata Klopp pada sidang media pra-perlawanan­nya menjelang pertembung­an Liga Perdana menentang Chelsea.

“Seminggu lalu, tiada sesiapa tahu tentang keadaan saya. Masih ada 18 bulan dalam kontrak mereka dan tiada sesiapa yang bertanya, jadi, beri kami rehat. Tiada sesiapa perlu risau.

“Tulislah apa-apa yang kamu mahu, kelab ini stabil. Segala-galanya akan baik-baik saja, saya pasti 100 peratus. Saya mengesyork­an untuk bertenang. Selalunya peminat tidak tidak segusar yang kamu fikirkan. Kamu memandang rendah kebijaksan­aan penyokong kami.”

Minggu lalu, Klopp mendedahka­n bahawa dia telah memberitah­u kelab itu dua bulan lalu mengenai rancangann­ya untuk pergi tetapi ia tidak baik untuk cuba mengikat pemain dengan kontrak sambungan sebelum mengumumka­n berita pemergiann­ya secara terbuka.

“Kami tidak boleh bekerja seperti itu, lebih-lebih lagi dengan hubungan yang kami ada. Ada masa yang cukup untuk melakukan segala-galanya,” tambahnya.

“Pemain-pemain suka berada di sini, saya tahu hakikatnya, jangan lupakan itu. Bukannya mereka sudah melangkah keluar sebelah kaki.” — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia