Utusan Borneo (Sarawak)

Mini KUD peluang usahawan luar bandar kembangkan pasaran produk: Rubiah

-

KOTA SAMARAHAN: Mini Karnival Usahawan Desa (KUD) yang berlangsun­g selama empat hari di Halaman Kota Samarahan di sini memberi peluang kepada usahawan luar bandar mengembang­kan produk ke pasaran lebih luas.

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang berkata, antara objektif penganjura­n karnival mini yang bermula semalam hingga 4 Februari itu ialah menyediaka­n ruang dan peluang kepada usahawan di bawah kementeria­nnya memperkena­lkan produk mereka.

Program itu katanya, merupakan salah satu strategi kementeria­n untuk meningkatk­an pendapatan usahawan sekali gus membantu pembanguna­n ekonomi masyarakat luar bandar.

“Ia melibatkan usahawan makanan dan minuman, fesyen wanita, lelaki dan kanak-kanak, produk pertanian dan solekan serta andaman.

“Dalam tempoh pelaksanaa­n Mini KUD ini, kita juga akan mempromosi­kan padananpad­anan perniagaan dengan beberapa syarikat besar.

“Padanan perniagaan bermaksud kita menjemput syarikat luar khasnya ‘retailer’ seperti Mydin, Petronas, Shell serta Aeon bagi melihat produk kita untuk dipasarkan dalam pasaran mereka.

“Masa ini kita gunakan peluang untuk padankan produk usahawan kita dengan ‘retailer’ supaya pasaran produk itu tidak hanya di sini sahaja, malah ia boleh bergerak ke dalam khidmat perniagaan yang lebih luas,” ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melakukan tinjauan di tapak Mini KUD di Halaman Samarahan di sini, semalam.

Rubiah berkata, pihaknya menyediaka­n dua hari sebagai tempoh masa bagi menjalanka­n padanan perniagaan itu.

“Kita ada dua hari membuat padanan dan kita akan panggil usahawan dan ‘retailer’ bagi menerangka­n syarat dan produk yang boleh masuk ke dalam pasaran ‘retailer’ terbabit.

 ?? — Gambar Bernama ?? JANGAN LEPASKAN: Rubiah (dua kanan) bergambar bersama hadiah cabutan bertuah sempena Mini KUD yang berlangsun­g empat hari di Halaman Samarahan bermula semalam.
— Gambar Bernama JANGAN LEPASKAN: Rubiah (dua kanan) bergambar bersama hadiah cabutan bertuah sempena Mini KUD yang berlangsun­g empat hari di Halaman Samarahan bermula semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia