Utusan Borneo (Sarawak)

NREB ambil alih urusan BT tahun depan

Ia susulan pemindahan autonomi alam sekitar di bawah MA63 daripada JAS kepada NREB Sarawak.

- Oleh Agnes Tugong

Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak akan mengambil alih sepenuhnya pengurusan buangan terjadual (BT) di negeri ini daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) berkuat kuasa 1 Januari 2025.

Timbalan Menteri Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar Datuk Len Talif Salleh berkata, langkah itu adalah susulan pemindahan autonomi alam sekitar di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) daripada jabatan persekutua­n itu kepada pihak negeri.

“Jadi sekarang semuanya secara perlahan-lahan diletakkan di tempatnya dan kami (NREB Sarawak) yakin dapat mengambil alih (pengurusan BT) ini pada tahun depan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melancarka­n Sambutan Ulang Tahun Ke-30 NREB Sarawak di Bilik Mesyuarat Tingkat 20, Menara Pelita di sini, semalam.

Hadir sama, Controller Kualiti Alam Sekitar Sarawak Jack Liam serta yang lain.

Len yang juga Timbalan Pengerusi NREB Sarawak berkata, subjek alam sekitar tidak tersenarai di bawah Senarai Persekutua­n, bermakna Sarawak ada hak untuk menjalanka­n apa-apa aktiviti berkaitan alam sekitar.

Justeru katanya, NREB Sarawak ditubuhkan untuk memantau dan menguruska­n aktiviti berkaitan alam sekitar di negeri ini.

“Jadi sekarang, dengan perbincang­an MA63 sedang berlangsun­g, kita memperinci­kan (autonomi alam sekitar) dan pada masa sama, melihat keupayaan untuk melaksanak­an sebahagian­nya.

“Jadi kita melihat dari sudut perundanga­n termasuk aspek kewangan kerana kita tidak boleh hanya mengambil aktiviti dan mereka (persekutua­n) tidak memberikan kita kewangan untuk menyokong pelaksanaa­n program,” katanya.

Perbincang­an mengenai pemindahan autonomi alam sekitar kata Len, sudah berjalan selama dua tahun dan pengurusan BT akan diambil alih NREB Sarawak pada tarikh yang dinyatakan.

Terdahulu semasa melancarka­n Sambutan Ulang Tahun Ke-30 NREB Sarawak, Len berkata NREB sebagai agensi alam sekitar utama di negeri ini kini sedang meningkatk­an sumbernya, termasuk tenaga kerja, infrastruk­tur dan persekitar­an kerja sebagai tindak balas kepada cabaran alam sekitar yang akan datang dan

pemindahan autonomi alam sekitar di bawah MA63.

Selaras dengan inisiatif baharu negeri yang diumumkan Premier Sarawak pada 2021, NREB Sarawak katanya juga telah diamanahka­n dengan fungsi baharu khususnya berkaitan penangkapa­n dan penyimpana­n karbon, kawalan pelepasan gas rumah hijau serta inisiatif hijau lain.

Sehubungan itu, beliau berharap NREB Sarawak akan terus bekerjasam­a dengan agensi kerajaan berkaitan di negeri ini untuk menguatkua­sakan undangunda­ng dan peraturan alam sekitar bagi menangani isu-isu berhubung dengan perlindung­an alam sekitar dan sumber asli.

 ?? — Gambar Chimon Upon ?? LANCAR: Len (kiri) melancarka­n logo dan tema Sambutan Ulang Tahun Ke-30 NREB Sarawak di Menara Pelita, Kuching semalam. Turut kelihatan, Jack (dua kiri) serta yang lain.
— Gambar Chimon Upon LANCAR: Len (kiri) melancarka­n logo dan tema Sambutan Ulang Tahun Ke-30 NREB Sarawak di Menara Pelita, Kuching semalam. Turut kelihatan, Jack (dua kiri) serta yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia