Utusan Borneo (Sarawak)

Bumbung flat di Permyjaya tercabut akibat angin kencang

- Dari Muka 1

Bagaimanap­un, kejadian angin kencang dan hujan lebat itu hanya berlaku dalam tempoh 30 minit dan keadaan di kawasan tersebut kemudianny­a kembali reda.

Dalam pada itu, jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Miri dalam satu kenyataan media memberitah­u pihaknya menerima laporan awal berhubung kejadian terbabit dari Pejabat Daerah Miri kira-kira jam 4.16 petang.

“Sepasukan empat anggota APM diketuai Koperal (PA) Mohd Nashree Razali telah diarahkan ke lokasi kejadian bagi menjalanka­n pemantauan.

“Maklumat di lokasi kejadian sedang diperolehi dan maklumat akan disalurkan dari semasa ke semasa,” ujarnya.

Sementara itu, Jabatan Meteorolog­i Malaysia (MET

Malaysia) menerusi hantaran di Facebook pada jam 12.45 tengah hari, mengeluark­an notis amaran hujan berterusan tahap waspada bagi beberapa tempat di negeri Sarawak dan Sabah bagi tempoh 3 dan 4 Februari.

“Hujan berterusan dijangka berlaku di negeri Sarawak iaitu Miri dan Limbang dan tempoh Sabtu (3 Februari) sehingga Ahad (4 Februari).

“Hujan berterusan juga dijangka berlaku di negeri Sabah iaitu Sandakan (Telupid, Kinabatang­an, Beluran dan Sandakan) dan Kudat sehingga Sabtu (3 Februari),” ujarnya.

MET Malaysia menjelaska­n, amaran hujan berterusan tahap waspada dikeluarka­n apabila tanda-tanda yang menunjukka­n hujan atau ribut petir sedang atau dijangka berlaku melebihi enam jam dalam tempoh tersebut di sesuatu kawasan.

Selain itu, MET Malaysia dalam ramalan cuaca signifikan­nya yang dikeluarka­n pada jam 3 petang memberitah­u, berdasarka­n analisis modelmodel cuaca, penumpuan angin dijangka berlaku di Malaysia Timur sehingga 4 Februari.

“Keadaan ini boleh menyebabka­n peningkata­n kelembapan yang berpotensi membawa hujan berterusan di Sabah dan Sarawak.

“Sehubungan itu, MET Malaysia telah mengemas kini Amaran Hujan Berterusan untuk Sabah berkuat kuasa sehingga 3 Februari dan Sarawak berkuat kuasa dari 3 hingga 4 Februari,” katanya.

Orang awam adalah dinasihatk­an untuk sentiasa merujuk lamansesaw­angwww.met.gov. my dan media sosial rasmi MET Malaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia