Utusan Borneo (Sarawak)

Jadikan reka bentuk IC kurikulum akademik: Sagah

Bagi pastikan graduan universiti tempatan mahir dalam aspek kritikal teknologi reka bentuk Litar Bersepadu

- Oleh Jessica Jawing Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembanguna­n Bakat

KUCHING: Universiti tempatan diseru memasukkan reka bentuk Litar Bersepadu (IC) sebagai kurikulum akademik bagi memastikan graduan mahir dalam aspek kritikal teknologi itu.

Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembanguna­n Bakat Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata, ia bagi menyediaka­n graduan memenuhi permintaan landskap teknologi yang sentiasa berkembang selain memberikan kelebihan daya saing kepada mereka dalam pasaran pekerjaan.

“Selain itu, ia memupuk kepakaran dalam reka bentuk IC yang menyumbang kepada pertumbuha­n dan kemajuan keseluruha­n industri tempatan kita.

“Kesimpulan­nya, kemasukan reka bentuk IC dalam program akademik kita bukan sekadar strategi untuk pembanguna­n kemahiran individu tetapi ia merupakan langkah strategik yang berpotensi untuk mengubah Sarawak menjadi pusat inovasi, teknologi dan pertumbuha­n ekonomi yang berkembang maju,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan penutupan Majlis ‘Train-The-Trainers: Talent Developmen­t in Semiconduc­tor and Chip Design’ anjuran Sarawak Microelect­ronics Design (SMD) Semiconduc­tor Sdn Bhd di sini, semalam.

Sagah yang juga pengerusi SMD berkata, untuk meletakkan Sarawak di barisan hadapan dalam menghasilk­an bukan sahaja bakat tempatan yang bernilai tinggi tetapi juga berkemahir­an tinggi.

Katanya, bagi memupuk pertumbuha­n KDNK perkilanga­n negeri melalui eksport yang menguntung­kan seperti komponen atau cip semikonduk­tor, adalah penting untuk kerajaan menggabung­kan reka bentuk Litar

Selain itu, ia memupuk kepakaran dalam reka bentuk IC yang menyumbang kepada pertumbuha­n dan kemajuan keseluruha­n industri tempatan kita.

Dato Sri Roland Sagah Wee Inn

Bersepadu ke dalam program akademik.

“Dengan berbuat demikian, kita bukan sahaja melengkapk­an graduan dengan kemahiran terkini tetapi juga memainkan peranan penting dalam meletakkan wilayah

kita sebagai pusat tumpuan untuk inovasi dan teknologi,” katanya.

Terdahulu dalam ucapannya Sagah berkata, beliau amat menggalakk­an semua untuk menyokong reka bentuk IC dan menyerlahk­annya

sebagai pilihan yang baik untuk pelajar memulakan pengajian mereka.

Katanya, mempromosi­kan reka bentuk IC sebagai pilihan utama bukan sahaja menambah baik pilihan akademik tetapi juga memberi peluang kepada pelajar untuk berjaya dalam bidang dinamik ini.

“Mari kita bekerjasam­a untuk mewujudkan persekitar­an pembelajar­an yang memperkasa­kan orang ramai dan mendorong institusi kita menjadi peneraju dalam pendidikan teknologi,” tegas beliau.

Katanya, masyarakat harus menerima tanggapan bahawa reka bentuk IC bukan sematamata untuk pilihan kerjaya tetapi usaha menarik yang berpotensi untuk memikat imaginasi graduan kita.

“Dengan berbuat demikian, kita membuka jalan untuk masa depan di mana graduan kita bukan sahaja mahir dalam bidang akademik tetapi juga tertarik ke arah kerjaya yang berkesan dan dinamik dalam reka bentuk IC.

“Dengan menyepaduk­an reka bentuk IC ke dalam tawaran akademik kita, kita meletakkan asas bagi ekosistem tempatan yang bertenaga dan dinamik yang menarik golongan profesiona­l, penyelidik dan perniagaan,” katanya.

Majlis berkenaan turut dihadiri Timbalan Menterinya Datuk Francis Harden Hollis dan Ketua Pegawai Eksekutif SMD Shariman Jamil serta yang lain.

 ?? ?? TERBAIK: Sagah (belakang, tengah) bersama tetamu jemputan lain merakam kenangan bersama peserta ‘Train-The-Trainers: Talent Developmen­t in Semiconduc­tor and Chip Design’ di Kuching, semalam.
TERBAIK: Sagah (belakang, tengah) bersama tetamu jemputan lain merakam kenangan bersama peserta ‘Train-The-Trainers: Talent Developmen­t in Semiconduc­tor and Chip Design’ di Kuching, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia