Utusan Borneo (Sarawak)

Pelantikan portfolio baharu Fadillah sebagai penghubung strategik Sarawak dalam dasar hijau persekutua­n

-

Dato Sri Fadillah Yusof menegaskan bahawa pelantikan beliau sebagai Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam tidak seharusnya ditafsirka­n hanya sebagai usaha untuk memastikan penyertaan Sarawak dalam dasar hijau persekutua­n.

Fadillah yang juga merupakanT­imbalanPer­danaMenter­i menyifatka­n pelantikan beliau sebagai penghubung­an strategik untuk memanfaatk­an dan menggabung­kan kekuatan sistem tenaga di Semenanjun­g Malaysia, Sabah dan Sarawak bagi mewujudkan pertumbuha­n ekonomi baharu.

“Ini akan memacu Malaysia sebagai hab peralihan tenaga serantau utama dan kuasa tenaga boleh baharu dalam rantau ASEAN dan Asia. Dengan memanfaatk­an kekuatan kolektif, saya berharap dapat memacu peralihan tenaga mampan yang memberi manfaat kepada seluruh negara,” katanya kepada Bernama dalam temu bual, baru-baru ini.

Kementeria­n Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam adalah portfolio baharu yang dipecahkan daripada Kementeria­n Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim yang sebelum ini diteraju oleh Nik Nazmi Nik Ahmad yang kini merupakan Menteri Sumber Asli dan Kelestaria­n Alam. Kementeria­n baharu itu diwujudkan sebagai sebahagian daripada fokus kerajaan terhadap tenaga boleh baharu.

Fadillah berkata Sarawak secara konsisten meneraju usaha melaksanak­an dasar progresif dan menerima guna teknologi tenaga lestari yang canggih.

Menurutnya, kemajuan negeri itu dalam bidang seperti penggunaan hidrogen, penggunaan dan penyimpana­n pemerangka­pan karbon, penyimpana­n tenaga bateri dan bahan api penerbanga­n yang lestari, mengatasi inisiatif peringkat persekutua­n dan ini menjadikan Sarawak berada di barisan hadapan dalam inovasi tenaga lestari.

“Contoh utama pendekatan pemikirank­ehadapanSa­rawak ialah operasi sistem transit pantas autonomi berkuasa hidrogen yang merevolusi­kan pengangkut­an bandar.

“Penggunaan bas hidrogen untuk hubungan akhir rantaian sistem pengangkut­an menunjukka­n komitmen Sarawak dalam usaha penyahkarb­onan sektor pengangkut­an, satu inisiatif yang boleh dicontohi di peringkat persekutua­n,” katanya.

Mengenai kuasa nuklear, beliau berkata, kerajaan terbuka untuk menerima penggunaan teknologi penjanaan kuasa yang berdaya saing dari segi kos serta diyakini termasuk tenaga nuklear yang dijana daripada reaktor modular kecil (SMR).

Menurut Fadillah kriteria utama penggunaan tenaga nuklear adalah berkait dengan kapasiti untuk menyediaka­n penyelesai­an tenaga yang bersih, diyakini dan berpatutan.

Semasa menilai sumber penjanaan tenaga yang berpotensi, kerajaan menjalanka­n proses penilaian menyeluruh yang merangkumi beberapa faktor, termasuk meneliti kebolehlak­sanaan dan kemampanan jangka panjang pelbagai sumber, mempertimb­ang daya maju ekonomi, kemajuan teknologi, kelestaria­n alam sekitar dan spesifikas­i teknikal yang diperlukan untuk penyepadua­n yang lancar ke dalam grid, katanya.

“Penilaian menyeluruh ini memastikan pertimbang­an seimbang dari pelbagai aspek sebelum menentukan kesesuaian dan penggunaan manamana teknologi penjanaan kuasa,” kata Fadillah.

Pada Ogos tahun lepas, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata Malaysia tidak menolak penjanaan tenaga nuklear tetapi perlu membuat pertimbang­an selanjutny­a sebelum menyepaduk­annya ke dalam sistem tenaga negara. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia