Utusan Borneo (Sarawak)

SMD Semiconduc­tor meterai dua MoU bersama entiti dari luar negara

-

Sarawak Microelect­ronics Design (SMD) Semiconduc­tor Sdn Bhd semalam memeterai dua memorandum persefaham­an (MoU) bersama entiti dari luar negara.

Majlis menandatan­gani MoU itu disaksikan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembanguna­n Bakat Dato Sri Roland Sagah Wee Inn yang juga pengerusi SMD.

MoU pertama ialah dengan Riverbeck Ltd UK, sebuah syarikat reka bentuk cip Frekuensi Radio yang sangat khusus yang berpangkal­an di London.

Terdahulu Ketua Pegawai Eksekutif SMD Shariman Jamil dalam ucapannya berkata SMD dan Riverbeck akan memulakan inisiatif bersama untuk membangunk­an bersama Litar Bersepadu Frekuensi Radio (RFIC) termaju yang disesuaika­n untuk aplikasi satelit.

“Kemajuan teknologi ini secara strategik bertujuan memenuhi permintaan

pasaran aeroangkas­a global, menekankan dedikasi syarikat untuk menolak sempadan inovasi dalam teknologi angkasa.

“Saya gembira kerana bakal rakan kongsi kami, Turkish Aerospace (TUSAS), berada di sini bersama kami hari ini,” katanya.

Beliau berkata melangkah ke hadapan, SMD juga akan melibatkan diri dengan British

Aerospace untuk meneroka perkongsia­n dalam aplikasi Cip Frekuensi Radio baharu itu dengan lebih lanjut.

Sementara itu katanya, MoU kedua akan diadakan dengan Big Innovation Centre, sebuah badan pemikir UK dalam AI, Big Data dan Kelestaria­n yang berpangkal­an di London.

“MoU ini akan menyaksika­n kerjasama antara SMD dan

Big Innovation Centre UK dalam membangunk­an rangka kerja untuk ‘Perintis Pendekatan Kelestaria­n Holistik dan Strategi Ekonomi Pekeliling Untuk Semikonduk­tor’ di Sarawak.

Hadir sama pada majlis itu adalah Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembanguna­n Bakat Datuk Francis Harden Hollis.

 ?? ?? KERJASAMA: Shariman (tiga kiri) bersama wakili Riverbeck dan Big Innovation Centre UK selepas majlis MoU yang disaksikan Sagah (lima kiri) dan yang lain.
KERJASAMA: Shariman (tiga kiri) bersama wakili Riverbeck dan Big Innovation Centre UK selepas majlis MoU yang disaksikan Sagah (lima kiri) dan yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia