Utusan Borneo (Sarawak)

100 penerima dapat wang tunai dan hamper sempena TBC

-

SIBU: Seramai 100 penerima bantuan kebajikan di sini telah menerima wang tunai RM100 berserta hamper sempena sambutan Tahun Baharu Cina (TBC).

Sumbangan itu disampaika­n Menteri Pembanguna­n Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahter­aan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah pada Majlis Sejambak Kasih Tahun Baharu Cina 2024 anjuran Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Sibu di sebuah hotel terkemuka di sini, semalam.

Berucap pada majlis tersebut beliau berkata, setakat Januari 2024 seramai 7,656 penerima bantuan kebajikan berdaftar yang meraikan TBC telah menerima sumbangan itu di negeri ini.

Jelasnya, Kerajaan Sarawak melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak telah memperuntu­kkan sebanyak RM765,600 untuk sumbangan tersebut.

“Daripada jumlah tersebut, 636 penerima bantuan akan dijemput dan diraikan dalam Majlis Sejambak Kasih yang diadakan di lapan bahagian di negeri ini.

“Mereka akan mendapat duit sumbangan RM100 dan hamper perayaan bernilai RM80,” katanya.

Menurutnya,JKMSarawak telah melaksanak­an pemberian wang sumbangan dan hamper perayaan kepada penerima bantuan sejak lebih 20 tahun lalu.

Pelaksanaa­n program sebegini katanya, adalah sempena perayaan utama seperti TBC, Hari Raya,

Hari Gawai, Hari Deepavali dan Krismas.

“Tujuan sumbangan ini adalah untuk meringanka­n

bebanan kewangan penerima bantuan dalam persediaan menyambut hari perayaan,” jelas Ahli Dewan

Undangan Negeri (ADUN) Dalat itu.

Beliau berkata, program sebegini tiada terdapat di negeri lain yang menunjukka­n Kerajaan Sarawak sentiasa memfokuska­n kepada kebajikan rakyat yang kurang bernasib baik.

Sementara itu, ADUN Bukit Assek Joseph Chieng dalam ucapan aluannya berkata, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak tidak melupakan golongan yang berkeperlu­an dan tidak berkemampu­an yang juga merupakan penerima bantuan bulanan untuk merasai dan merayakan Tahun Baharu Cina yang akan disambut tidak lama lagi.

Beliau menasihati penerima sumbangan itu agar memanfaatk­annya dengan sebaik mungkin.

“Penerima bantuan perlu lebih berkeyakin­an dan berfikiran positif dalam menceburi semua bidang yang dapat meningkatk­an taraf hidup dan tidak bergantung kepada bantuan sepenuhnya,” tambahnya.

Pada majlis yang sama, Fatimah turut menyampaik­an kad orang kurang upaya (OKU) dan Kenyalang Gold Card (KGC) kepada para penerima.

Hadir sama ialah Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak Adana Jed, Pegawai Pejabat Kebajikan Bahagian Sibu Tang Kee Lee serta tetamu jemputan lain.

 ?? ?? UNTUK ALBUM: Fatimah, Chieng (duduk dua kiri) serta yang lain bersama para penerima bantuan pada Majlis Sejambak Kasih Tahun Baharu Cina 2024 di Sibu, semalam.
UNTUK ALBUM: Fatimah, Chieng (duduk dua kiri) serta yang lain bersama para penerima bantuan pada Majlis Sejambak Kasih Tahun Baharu Cina 2024 di Sibu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia