Utusan Borneo (Sarawak)

RBA tingkat kekerapan penerbanga­n Brunei-Kuching kepada empat kali bermula 5 April

-

Penerbanga­n Diraja Brunei (RBA) akan memperting­katkan kekerapan penerbanga­n laluan Brunei-Kuching kepada empat kali daripada tiga penerbanga­n seminggu bermula 5 April 2024.

Perkara ini didedahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif RBA Kapten Sabirin Abdul Hamid kepada Menteri Pengangkut­an Sarawak Dato Sri Lee Kim Shin semasa melakukan kunjungan hormat ke pejabat Lee di Bangunan Baitul Makmur I, Petra Jaya di sini pada Selasa.

Kementeria­n Pengangkut­an Sarawak (MOTS) dalam kenyataan kelmarin berkata, semasa pertemuan tersebut, Sabirin menyatakan tambahan kekerapan penerbanga­n ke Kuching itu bertujuan memperkena­lkan sambungan dua hala untuk peluang menunaikan umrah.

Selain itu, ia juga bagi membangunk­an pasaran

Korea untuk melawat Kuching dengan mempromosi­kan produk riadah dan golf baharu.

Menurut Sabirin, buat masa ini, RBA mengendali­kan tiga penerbanga­n setiap minggu ke Kuching iaitu pada Selasa, Khamis dan Ahad.

Pihaknya bagaimanap­un menambah kekerapan berkuat kuasa 5 April 2024 yang beroperasi pada hari Selasa, Khamis, Jumaat dan Ahad serta akan dikekalkan sepanjang tahun.

Tambah beliau juga, kebanyakan muatan penumpang ke Sarawak pada 2022/2023 adalah purata melebihi 65 peratus.

RBA katanya, membawa lebih sedikit daripada 9,000 penumpang ke Kuching pada tahun kewangan lalu dan menjangkak­an jumlah ini akan meningkat bagi tahun ini, terutama dengan peningkata­n kapasiti perkhidmat­an ditawarkan pihaknya.

Jelasnya, angka ini melibatkan penumpang yang transit Brunei ke/dari 20 destinasi RBA.

Tambah Sabirin juga, untuk musim perayaan yang akan datang, tiket telah dijual dan jika terdapat permintaan, RBA sama ada akan menaik taraf perkhidmat­an menggunaka­n pesawat B787 Dreamliner yang lebih besar atau menambah penerbanga­n tambahan.

Pada masa ini laluan Brunei/Kuching dikendalik­an oleh pesawat A320.

Mengenai ketersambu­ngan, Sabirin menjelaska­n Kuching, melalui Brunei mempunyai 11-13 sambungan mingguan ke destinasi antarabang­sa lain seperti Bangkok, Dubai, Beijing, Hong Kong, Seoul, Jeddah, Melbourne, Manila, Tokyo, Ho Chi Minh, Surabaya dan Taipei.

Untuk rekod, RBA dan Malaysia Airlines mempunyai perkongsia­n kod ke destinasi di Malaysia termasuk Kota Kinabalu, Kuching, Kuala Lumpur, Alor Setar, Johor Bahru, Kota Bahru, Langkawi dan Pulau Penang.

RBA juga menganjurk­an kempen bersama Tourism Malaysia pada tahun 2023 untuk mempromosi­kan destinasi Malaysia terutama untuk perjalanan ke Kuching melalui Brunei.

Sehubungan itu Lee berkata, kempen pemasaran bersama dan jerayawara dengan Sarawak Tourism ini harus diteruskan dan kekurangan pemandu pelancong berbahasa asing akan dirujuk kepada agensi yang sesuai.

Mengiringi Lee ialah pegawai daripada Penasihat Teknikal Penerbanga­n bagi Kementeria­n Pengangkut­an Sarawak Sio Yew Hua dan Tiong King Wei.

 ?? ?? TANDA INGATAN: Lee menerima cenderamat­a daripada pihak Royal Brunei Airlines selepas kunjungan hormat di pejabatnya di Bangunan Baitul Makmur I, Petra Jaya pada Selasa.
TANDA INGATAN: Lee menerima cenderamat­a daripada pihak Royal Brunei Airlines selepas kunjungan hormat di pejabatnya di Bangunan Baitul Makmur I, Petra Jaya pada Selasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia