Utusan Borneo (Sarawak)

BIK bagi pemegang KGC akan dipinda

Terdapat keluhan segelintir pemegang kad yang merasakan tidak menikmati sebarang faedah daripada bantuan itu

- Oleh Watt Zacchaeus

Ramai pemegang kad KGC meminta supaya mereka dapat menerima faedah bantuan itu ketika masih hidup.

SIBU: Bantuan Ihsan Kematian (BIK) yang disalurkan kerajaan negeri kepada warga emas yang memiliki Kenyalang Gold Card (KGC) di negeri ini sebanyak RM3,000 akan dipinda tahun ini, kata Menteri Pembanguna­n Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahter­aan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah.

Menurutnya, kementeria­nnya mengambil keputusan sedemikian susulan terdapat keluhan daripada segelintir pemegang kad tersebut yang merasakan mereka tidak menikmati sebarang faedah daripada bantuan tersebut.

“Ramai pemegang kad KGC meminta supaya mereka dapat menerima faedah bantuan itu ketika masih hidup.

“Dalam pindaan itu kita akan kurangkan jumlah BIK dan menyaranka­n supaya pemegang kad menerima bantuan rawatan kesihatan,” katanya ketika menyempurn­akan

Dato Sri Fatimah Abdullah Menteri Pembanguna­n Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahter­aan Komuniti

Majlis Sejambak Kasih Tahun Baharu Cina 2024 anjuran Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Sibu di sebuah hotel terkemuka di sini, semalam.

Fatimah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dalat memberitah­u, selepas pindaan itu kelak pemegang KGC boleh menggunaka­n bantuan itu untuk mendapatka­n rawatan kesihatan di hospital-hospital swasta yang menjadi rakan strategik KGC.

KGC adalah eksklusif untuk rakyat Sarawak yang berumur 60 tahun ke atas di mana mereka boleh menikmati keistimewa­an dan faedah kad seperti diskaun ke atas produk dan perkhidmat­an untuk rakyat Sarawak daripada vendor strategik KGC, selain menawarkan BIK RM3,000 bagi menampung perbelanja­an pengebumia­n

kematian pemegang kad.

BIK hanya diberikan kepada pemegang KGC yang tidak mendapat perlindung­an insurans, Tabung Haji, Pertubuhan Keselamata­n Sosial (PERKESO) dan sebagainya.

Sementara itu, pada majlis tersebut Fatimah turut menyampaik­an sumbangan angpau RM100 berserta hamper

bernilai RM80 kepada 100 penerima bantuan kebajikan untuk meraikan sambutan Tahun Baharu Cina.

Hadir sama ialah ADUN Bukit Assek Joseph Chieng, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak Adana Jed, Pegawai Pejabat Kebajikan Bahagian Sibu Tang Kee Lee serta tetamu jemputan lain.

 ?? ?? RAIKAN BERSAMA: Fatimah (empat kiri) serta kenamaan lain ketika melakukan upacara‘Yee Sang’ pada Majlis Sejambak Kasih Tahun Baharu Cina 2024 di Sibu, semalam.
RAIKAN BERSAMA: Fatimah (empat kiri) serta kenamaan lain ketika melakukan upacara‘Yee Sang’ pada Majlis Sejambak Kasih Tahun Baharu Cina 2024 di Sibu, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia