Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga projek mega bagi jaringan jalan raya lebih baik di Limbang, Lawas

-

Daerah Limbang dan Lawas akan mempunyai jaringan jalan raya yang lebih baik melalui pelaksanaa­n tiga projek mega tahun ini iaitu Rangkaian Jalan Raya Sabah Sarawak (SSLR), Lebuh Raya Kawasan Utara Sarawak dan Lebuh Raya Trans Borneo.

Timbalan Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembanguna­n Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata, SSLR yang sudah bermula di Lawas di bawah fasa pertama akan diteruskan untuk fasa kedua menghubung­kan Limbang tahun ini.

“Yang pertama SSLR, jalan penghubung Sabah Sarawak tanpa melalui Brunei, itu fasa pertama dan di Lawas sudah bermula, fasa kedua akan bermula pada tahun ini dengan anggaran kos jika tidak silap RM7 bilion.

“Kedua Lebuh Raya Kawasan Utara, menggantik­an Lebuh Raya Pan Borneo, akan bermula pertengaha­n tahun ini dan satu lagi projek Lebuh Raya

Trans Borneo,” katanya pada ucapan perasmian Hari Terbuka Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Batu Empat di sini, baru-baru ini.

Beliauyang­jugaAhliDe­wan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Kota menambah, projek Lebuh Raya Kawasan Utara Sarawak membabitka­n peruntukan besar selain menampilka­n reka bentuk unik dan menarik dengan memasukkan pembinaan jalan raya bertiang sepanjang dua kilometer.

Katanya, jalan raya bertiang itu juga merupakan yang terpanjang di Malaysia.

Sementara itu katanya, Lebuh Raya Trans Borneo, bermula di bahagian Kuala Baram Ke Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamata­n (ICQS) Sungai Tujuh, Miri hingga ke Tedungan menuju ke bandar Limbang.

Katanya lagi, projek Lebuh Raya Trans Borneo untuk daerah Limbang merangkumi jarak kira-kira 30 kilometer.

 ?? ?? TETAMU KEHORMAT: Dr Abdul Rahman menandatan­gani buku kehadiran semasa menghadiri Hari Terbuka PIBG SK Batu Empat Limbang, baru-baru ini.
TETAMU KEHORMAT: Dr Abdul Rahman menandatan­gani buku kehadiran semasa menghadiri Hari Terbuka PIBG SK Batu Empat Limbang, baru-baru ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia