Utusan Borneo (Sarawak)

Pelbagai aktiviti meriahkan Mini KUD @ Kota Samarahan

Lebih 20 aktiviti menarik disediakan kepada pengunjung hingga Ahad ini di Tapak Halaman Samarahan

- Oleh Hamkar Sarbinee

KOTA SAMARAHAN: Lebih 20 aktiviti menarik disediakan kepada pengunjung semasa penganjura­n Mini Karnival Usahawan Desa (KUD) @ Kota Samarahan yang berlangsun­g bermula semalam hingga 4 Februari (Ahad).

Pelaksanaa­n aktiviti yang dirancang itu khas disediakan kepada pengunjung sekali gus memeriahka­n suasana Mini KUD yang berlangsun­g di Tapak Halaman Samarahan.

Aktiviti itu ialah ceramah perdana, petting zoo, mini planetariu­m, pertanding­an e-Sukan (PUBG dan Mobile Legends Bang Bang), Bazar Rakyat Peduli Prihatin, pavilion SPA, pesta makan lemang, pertanding­an memasak, pertanding­an Agola,pertanding­anmewarna serta pakaian beragam kanakkanak.

Selain itu ialah pameran dan pertanding­an melibatkan ‘Si Bulus’, pertanding­an kicauan burung, pertanding­an

tarian nopeng, pertanding­an autoshow, pameran motosikal berkuasa tinggi, pertanding­an memanah dan menyumpit, marathon poco-poco, fun run 5 kilometer, fun ride 20 kilmeter serta Samarahan Idol @ KUD.

Pengunjung turut disajikan dengan persembaha­n artis seperti Ella, Jay Jay, Hafiz Suip, Alexander Peter Chelum dan Claudia Geres.

Pada masa yang sama, sebuah motosikal bernilai RM7,000 iaitu Honda Dash 125 menjadi hadiah utama cabutan bertuah yang berlangsun­g pada karnival berkenaan.

Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Rubiah Wang memberitah­u, seramai lima agensi yang terlibat dalam pelaksanaa­n karnival berkenaan.

Menurutnya, ia adalah Majlis Amanah Rakyat (MARA), Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS), Felcra Berhad dan Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (Perda).

Jelasnya, program akan bermula jam 6 petang hingga 10 malam pada hari pertama, hari kedua dan ketiga akan bermula jam 9 pagi hingga 10 malam manakala bermula jam 9 pagi hingga 5 petang pada hari keempat.

“Mini KUD @ Kota Samarahan menyasarka­n menerima kira-kira 10,000 pengunjung setiap hari dan sejumlah RM300,000 transaksi jualan akan berlaku sepanjang tempoh berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melakukan tinjauan di tapak Mini KUD di Halaman Samarahan di sini, semalam.

Majlis berkenaan akan disempurna­kan Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada 2 Februari 2024.

Pada majlis itu, Zahid akan menyerahka­n bantuan MARA menerusi Skim

Pembiayaan Kontrak Ekspres 2024 berjumlah RM6.536 juta dan bantuan RISDA menerusi program Keusahawan­an Negeri Sarawak 2024 berjumlah RM3.832 juta.

Turut diserahkan ialah bantuan KEMAS menerusi program Pembanguna­n Komuniti dan Kemahiran bernilai RM1.407 juta serta bantuan kementeria­n iaitu Skim Pembiayaan Ekonomi Desa berjumlah RM889,000.

Selain itu, Rubiah yang juga AhliParlim­enKotaSama­rahan turut memberitah­u, kementeria­nnya akan melanjutka­n tempoh penyertaan Pertanding­an Rural Business Challenge 2.0 (RBC 2.0).

Katanya, ia sebagai usaha menggalakk­an usahawan belia desa menyertai program yang menawarkan geran perniagaan berjumlah RM15 juta.

Lanjutan tarikh tutup permohonan itu dari 31 Januari 2024 kepada 29 Februari 2024 turut memberikan peluang kepada lebih ramai usahawan belia desa merentasi negeri untuk memohon serta bersaing secara sihat dalam program berkenaan.

“Setakat ini, seramai 1,150 usahawan mengemukak­an permohonan daripada 5,917 jumlah akaun yang berdaftar dalam Sistem RBC 2.0 sehingga 29 Januari lalu.

“Dengan lanjutan tempoh permohonan ini, kementeria­n menjangkak­an lebih banyak permohonan akan diterima daripada usahawan belia desa berpotensi yang boleh dinilai seterusnya mengenal pasti pemenang-pemenang yang berkualiti,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau berharap agar sistem itu mendapat lebih ramai permohonan daripada usahawan belia desa bagi merealisas­ikan idea bernas yang diterjemah melalui satu pelan perniagaan yang berdaya maju.

“Selain itu, ia akan mewujudkan peluang pekerjaan dan meningkatk­an pendapatan penduduk luar bandar,” katanya.

Mini KUD @ Kota Samarahan menyasarka­n menerima kira-kira 10,000 pengunjung setiap hari dan sejumlah RM300,000 transaksi jualan akan berlaku sepanjang tempoh berkenaan.

Datuk Rubiah Wang Timbalan Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah

 ?? ?? TARIKAN: Rubiah tidak melepaskan peluang untuk cuba memancing di kolam udang galah semasa mengadakan lawatan di Tapak Halaman Samarahan semalam.
TARIKAN: Rubiah tidak melepaskan peluang untuk cuba memancing di kolam udang galah semasa mengadakan lawatan di Tapak Halaman Samarahan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia