Utusan Borneo (Sarawak)

Miri tuan rumah SO Sarawak pada 23-24 November

- SIBU:Miriakanme­njadipusat

tumpuan komuniti sukan khas apabila dipilih sebagai tuan rumah Kejohanan Special Olympics (SO) Sarawak Edisi ke-7.

Pengumuman ini dibuat oleh Menteri Pembanguna­n Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahter­aan Komuniti Dato Sri Fatimah Abdullah selepas mesyuarat jawatankua­sa SO Sarawak di sini, semalam.

Katanya, kejohanan selama dua hari ini dijadualka­n berlangsun­g pada 23 dan 24 November akan datang, selepas penganjura­n Temasya Para Sukan Malaysia (SUKMA) 2024.

“Setakat ini, kita masih belum tahu jumlah peserta yang akan menyertai dan perkara ini diharapkan akan diperoleh semasa perjumpaan seterusnya pada bulan April nanti.

“Kita juga akan membincang­kan tentang jawatankua­sa yang terlibat, jenis sukan yang dipertandi­ngkan, jumlah sukarelawa­n dan lain-lain,” katanya.

Menurut Fatimah, jenis sukan yang dipertandi­ngkan di Miri bagaimanap­un berbeza daripada acara diadakan semasa Sibu menjadi tuan rumah untuk edisi ke-6 pada tahun lalu.

Katanya, acara yang dipertandi­ngkan khusus untuk SO adalah seperti bola sepak, badminton, bocce dan renang.

“SO terbuka kepada individu berkeperlu­an khas sama ada mereka masih bersekolah atau lepasan sekolah dan berumur 25 tahun ke atas.

“Perbezaann­ya dengan Para SUKMA atau sukansukan lain untuk OKU ialah menekankan peserta untuk berani mencuba atau ‘biar saya menang’.

“Jika tidak, biarlah mereka berani mencuba,” jelasnya.

Dalam perkembang­an lain, Fatimah yang juga pengerusi SO Sarawak memberitah­u bahawa dua cawangan SO Sarawak tambahan telah ditubuhkan iaitu di Samarahan dan Bintulu.

Ujarnya,denganpenu­buhan cawangan SO di Samarahan dan Bintulu, Sarawak kini mempunyai lima cawangan yang terlibat secara aktif dalam mencipta peluang sukan khas bagi individu berkeperlu­an khas.

Kelima-lima cawangan ini merangkumi Kuching, Sibu, Miri, Bintulu dan Samarahan.

“Kejayaan penubuhan cawangan baharu ini dijangka dapat meningkatk­an lagi penyertaan dan sokongan untuk SO di seluruh negeri.

“Selain itu, mesyuarat agung tahunan (AGM) SO Sarawak yang dijadualka­n pada bulan April ini merupakan platform penting untuk membincang­kan perkembang­an lanjut organisasi serta mengambil tindakan terhadap isu-isu penting yang berkaitan,” tambahnya.

Katanya, peserta AGM termasuk wakil dari setiap cawangan akan berkongsi pandangan dan menyusun strategi bagi kemajuan SO Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia