Utusan Borneo (Sarawak)

Pusat Kebudayaan dan Kraftangan JKKK Dayak Taman Sri Jaya amat bermanfaat

-

Pembinaan Pusat Kebudayaan dan Kraftangan Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Dayak di Taman Sri Jaya di sini bakal memberi manfaat kepada masyarakat di sekitar taman perumahan tersebut.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembanguna­n Bakat Datuk Francis Harden Hollis menjelaska­n, projek naik taraf pusat tersebut merangkumi skop pembinaan pagar di sekeliling bangunan, pagar gelongsor dan dua buah tandas dengan kos RM100,000.

“Projek ini telah siap sepenuhnya dan ia telah menggunaka­n peruntukan Projek Tranformas­i Luar bandar (RTP) saya sendiri,” ujarnya semasa merasmikan projek berkenaan dan sambutan Tahun Baharu Cina di pusat berkenaan dekat sini, baru-baru ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang berharap agar pembanguna­n itu dapat memberi manfaat kepada masyarakat di sekitar termasuk penduduk di kawasan Taman Sri Jaya.

“Saya berharap pusat kebudayaan dan kraf tangan yang dibangunka­n ini dapat digunakan oleh penduduk sekeliling untuk mengadakan kelas kraf tangan yang dapat meningkatk­an pendapatan serta penganjura­n kelas kebudayaan seperti tarian ngajat dan sebagainya,” jelasnya.

Dalam pada itu, Harden turut menyampaik­an penghargaa­n dan terima kasih kepada jawatankua­sa pengelola kerana berinisiat­if mengadakan majlis tersebut sebagai tanda kesyukuran terhadap pemberian peruntukan daripada Kerajaan Sarawak kepada kelompok komuniti dalam konstituen­si khususnya di DUN Simanggang.

Pada majlis tersebut, beliau telah menerima permohonan menukar bumbung pusat tersebut yang telah usang dan tempat letak kereta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia