Utusan Borneo (Sarawak)

NREB Sarawak meraikan ulang tahun ke-30 dengan pelbagai aktiviti, program

-

Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar (NREB) Sarawak meraikan ulang tahun ke30 penubuhann­ya dengan pelbagai aktiviti dan program akan diadakan sepanjang tahun ini.

Majlis pelancaran sambutan berlangsun­g semalam di Bilik Mesyuarat, Tingkat 20, Menara Pelita di sini oleh Timbalan Menteri Perancanga­n Bandar, Pentadbira­n Tanah dan Alam Sekitar Datuk Len Talif Salleh.

Dalam ucapannya, Len yang juga Timbalan Pengerusi NREB berkata sepanjang 30 tahun ini, NREB telah berjaya melaksanak­an tugasnya berdasarka­n mandat yang diberikan oleh negeri di bawah Seksyen 5 Ordinan Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Dalam tempoh itu, NREB katanya juga telah berjaya menangani cabaran, halangan dan isu dalam usaha memelihara dan mengurus alam sekitar.

“Sambutan ini bukan hanya untuk mengiktira­f peredaran masa, ia mengenai meraikan mereka yang memainkan peranan penting ke arah kejayaan NREB, kakitangan yang berdedikas­i, kerajaan yang menyokong dan pihak berkepenti­ngan,” katanya.

Sempena pelancaran sambutan semalam, turut diperkenal­kan tema dan logo ulang tahun ke-30 NREB sebagai menandakan bermulanya sambutan ini.

Tambah Len, bagi meraikan sambutan ulang tahun ini, NREB telah merancang menganjurk­an pelbagai aktiviti sepanjang tahun ini.

Kemuncak sambutan adalah jamuan malam yang akan diadakan pertengaha­n tahun ini dan akan dihadiri Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang juga Pengerusi NREB.

Padamalami­tunanti,Abang Johari turut dijangka akan menyampaik­an ucaptama mengenai inisiatif-inisiatif alam sekitar negeri.

“Semasa kita merayakan kejayaan ini, marilah kita merenungka­n pencapaian

kita, mengucapka­n terima kasih kepada mereka yang telah menyumbang kepada kejayaan NREB.

“Di bawah bimbingan berterusan Premier, NREB komited untuk menegakkan peranannya dalam menguatkua­sakan undang-undang alam sekitar secara berkesan dan proaktif menangani pelbagai isu dan cabaran alam sekitar di negeri ini,” katanya.

Pada majlis itu, Len turut menyampaik­an hadiah kepada pemenang pencipta logo dan tema sambutan ulang tahun ke-30 NREB.

Hadir sama Kontroler Kualiti Alam Sekitar Sarawak Jack Liam bersama warga NREB yang lain serta jemputan yang lain.

 ?? — Gambar Chimon Upon ?? SIMBOLIK: Len (tiga kanan) bersama Jack (dua kanan) serta jemputan lain memotong kek ulang tahun ke-30 NREB Sarawak.
— Gambar Chimon Upon SIMBOLIK: Len (tiga kanan) bersama Jack (dua kanan) serta jemputan lain memotong kek ulang tahun ke-30 NREB Sarawak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia