Utusan Borneo (Sarawak)

Rakyat berani bersuara di media sosial tuntut maklumat projeka

-

Parti Keadilan Rakyat (PKR atau KEADILAN) melahirkan rasa kesal kerana dilabel menyimpan aktivis yang menentang pembanguna­n kerajaan negeri.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sarawak yang juga Ketua PKR cabang Baram Roland Engan berkata, tuduhan itu adalah berhubung isu penduduk Long Terawan, Baram yang memilih untuk menggunaka­n hak dan kebebasan bersuara di media sosial tentang cadangan projek pembanguna­n di kawasan mereka.

“KEADILAN Baram menasihati pimpinan kampung berkenaan untuk menyelesai­kan isu dalaman kampung sendiri terlebih dahulu.

“Mereka harus sedar bahawa ada banyak punca kenapa penduduk kampung lebih suka memilih untuk menyuaraka­n pandangan mereka melalui media sosial secara terbuka dan bukannya dalam mesyuarat kampung,” jelas beliau dalam kenyataan media kelmarin.

Roland memberitah­u, semakin ramai penduduk kampung telah berani menuntut pendedahan maklumat terperinci sesuatu cadangan pembanguna­n sebelum dipersetuj­ui oleh mereka.

Menurut beliau, terlalu cepat bersetuju pada cadangan pembanguna­n kerajaan tanpa maklumat mencukupi juga adalah salah dan boleh membahayak­an keselamata­n penduduk kampung itu sendiri.

KEADILAN Baram berharap semua pihak mematuhi perjanjian kerjasama parti-parti dalam Kerajaan Perpaduan yang mana, antara lain menyatakan bahawa Kerajaan Perpaduan komited untuk membangunk­an orang asal dengan pembanguna­n di kawasan mereka setelah berunding dengan mereka.

“Rundingan mungkin mengambil masa yang lama namun kerajaan dan pimpinan kampung serta wakil rakyat mesti sabar untuk meyakinkan penduduk kampung,” jelasnya.

 ?? ?? ROLAND
ROLAND

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia