Utusan Borneo (Sarawak)

PSB adakan mesyuarat bagi bincang cadangan kerjasama dengan PDP

-

KUCHING: Parti Sarawak Bersatu (PSB) mengadakan mesyuarat kelmarin bagi membincang­kan cadangan kerjasama dengan Parti Demokratik Progresif (PDP).

Mesyuarat yang diadakan di ibu pejabat PSB di sini dipengerus­ikan Presidenny­a Dato Sri Wong Soon Koh dan dihadiri barisan pemimpin parti itu.

Wong ketika dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp berkata, mesyuarat itu adalah acara tertutup justeru enggan mengulas mengenai cadangan kerjasama antara PSB dan PDP, salah satu parti komponen Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Ia sekali gus menimbulka­n tanda tanya, sama ada kerjasama itu dizahirkan menerusi penggabung­an secara fizikal atau sebaliknya dan bila akan berlaku.

Wong bagaimanap­un ketika ditemui pemberita akhbar kumpulan The Borneo Post, See Hua Daily News sejurus selesai mesyuarat itu memaklumka­n selama ini PSB telah melibatkan diri dengan PDP untuk memberi laluan kepada kerjasama mereka.

PSB yang sebelum ini di blok pembangkan­g memulakan usaha menjalinka­n kerjasama dengan PDP di Kuala Lumpur pada 13 Julai 2023 dengan menandatan­gani memorandum persefaham­an (MoU).

Oleh itu, PDP diketuai presidenny­a yang juga Menteri Pelanconga­n, Seni dan Budaya Datuk Seri Tiong King Sing dan PSB telah mengadakan beberapa sesi kolaborati­f kebanyakan­nya dalam bentuk perhimpuna­n politik.

Pada 2 Januari 2024, di Sibu, Wong menjelaska­n perubahan politik ketika ini telah memaksa PSB menilai semula peranannya dalam perspektif yang lebih realistik.

Menurutnya penilaian semula ini penting untuk memupuk perpaduan yang lebih kukuh dalam keduadua kerajaan persekutua­n dan negeri.

“PSB memilih untuk memainkan peranan lebih bertanggun­gjawab dengan menyokong Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerajaan negeri

yang mengutamak­an rakyat di bawah Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg,” tegasnya.

Semasa berucap pada Majlis Makan Malam sempena

Krismas dan Tahun Baharu 2024 baru-baru ini, Wong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bawang Assan mendedahka­n wakil rakyat PSB tidak lagi berada di blok pembangkan­g semasa persidanga­n DUN lalu (November 2023).

Pada 28 Januari 2024 di Sibu, Timbalan Presiden PDP Datuk Henry Harry Jinep berkata kerjasama dengan PSB bukan bertujuan mempertaru­hkan tuntutan terhadap tiga kerusi (Engkilili, Ba’Kelalan dan Bawang Assan) pada Pilihan Raya Negeri akan datang.

“Jika kita mahu bekerjasam­a, kita bekerjasam­a secara menyeluruh secara en bloc. Bukan niat kami bekerjasam­a untuk ‘merampas’ kerusi.

“Tidak. Kami mahu bekerjasam­a untuk manfaat bersama ke arah mengukuhka­n perpaduan dan keharmonia­n,” katanya.

Wong kini memegang kerusi DUN Bawang Assan, Engkilili disandang oleh Timbalan Presiden PSB Dr Johnical Rayong Ngipa dan Ba’Kelalan oleh Setiausaha Agung PSB Baru Bian.

 ?? ?? UNTUK ALBUM: Wong (duduk, empat kiri) bersama barisan kepimpinan PSB merakam kenangan selepas mesyuarat tertutup di ibu pejabat parti itu kelmarin.
UNTUK ALBUM: Wong (duduk, empat kiri) bersama barisan kepimpinan PSB merakam kenangan selepas mesyuarat tertutup di ibu pejabat parti itu kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia