Utusan Borneo (Sarawak)

Pastikan Sarawak tempat terbaik bina kehidupan

Usaha DBKU giat teruskan serta laksana ‘CBSSS Enhancemen­t Plan’ adalah sejajar dengan PCDS 2030

- Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomuni­kasi (Utiliti)

KUCHING: Usaha Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) yang giat meneruskan serta melaksanak­an ‘CBSSS Enhancemen­t Plan’ adalah sejajar dengan Strategi Pembanguna­n Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) dalam memastikan Sarawak menjadi tempat terbaik dalam membina sebuah kehidupan.

Memetik Unit Komunikasi Awak Sarawak (UKAS), Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomuni­kasi (Utiliti) Datuk Dr Abdul Rahman Junaidi berkata, ‘CBSSS Enhancemen­t Plan’ (Clean, Beautiful, Safe, Smart dan Sustainabl­e) merupakan Pelan Strategik jangka panjang yang melibatkan semua jabatan di DBKU.

“Saya percaya yang pelan ini adalah sejajar dengan PCDS2030 dalam memastikan Sarawak menjadi tempat yang terbaik dalam membina sebuah kehidupan.

“Ini bermaksud tempat terbaik untuk berkeluarg­a,

mempunyai masyarakat yang penyayang dan harmoni, sistem ekonomi digital yang kukuh, alam sekitar yang lestari, sekolah dan institusi pendidikan yang berkualiti serta sistem perkhidmat­an kesihatan yang terbaik dan berkemampu­an,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis

Perhimpuna­n Khas DBKU di Pangkalan Sapi di sini, semalam.

Dr Abdul Rahman menambah, pelan tindakan ini memberi fokus kepada penglibata­n komuniti, selain memberikan penekanan kepada lima teras penting bagi kelestaria­n sesebuah bandar raya iaitu Cantik, Bersih, Selamat,

Pintar dan Lestari.

”Pelan ini mengintegr­asi semua inisiatif CBSSS dan menggarisk­an strategi, pelan tindakan dan indikator prestasi utama dalam memastikan pelan tindakan ini dapat dilaksanak­an untuk menjadikan bandar raya Kuching sebagai sebuah bandar raya lestari dan maju yang terkenal di Asia menjelang tahun 2030,” jelas beliau.

Dalam pada itu Dr Abdul Rahman berkata, pelaksanaa­n CBSSS merupakan satu inisiatif yang mengagumka­n kerana ia memberi fokus kepada penglibata­n komuniti.

“Komuniti di sini bukanlah hanya warga kota sahaja, bahkan juga agensi kerajaan, swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO),” jelas beliau.

Majlis Perhimpuna­n Khas DBKU tersebut turut menyaksika­n Dr Abdul Rahman menyampaik­an penghargaa­n plak simbolik kepada rakan strategik DBKU, warga bandar raya dan warga kerja DBKU atas kerjasama cemerlang yang telah diberikan pada 2023.

Antara penerima penghargaa­n termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), UKAS, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sarawak, Jabatan Kebajikan Masyarakat Sarawak (JKMS), Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak dan banyak lagi.

Hadir sama Datuk Bandar DBKU Hilmy Othman dan Pengarah DBKU Mohamed Khaidir Abang.

“Saya percaya yang pelan ini adalah sejajar dengan PCDS2030 dalam memastikan Sarawak menjadi tempat yang terbaik dalam membina sebuah ” kehidupan.

 ?? — Gambar UKAS ?? KENANGAN: Dr Abdul Rahman (tengah) dan Hilmy (tujuh kiri) merakam gambar berkumpula­n bersama para penerima penghargaa­n.
— Gambar UKAS KENANGAN: Dr Abdul Rahman (tengah) dan Hilmy (tujuh kiri) merakam gambar berkumpula­n bersama para penerima penghargaa­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia