Utusan Borneo (Sarawak)

PDBSMPM terima sumbangan mesin hemodialis­is

-

Pusat Dialisis Bulan Sabit Merah Permyjaya Miri (PDBSMPM) menerima sumbangan mesin hemodialis­is daripada TUV Nord (M) Sdn Bhd, anak syarikat TUV NORD Group Germany di sini, semalam.

Sumbangan terbabit merupakan komitmen TUV Nord (M) terhadap tanggungja­wab sosial korporat (CSR) dalam memainkan peranan perniagaan bagi menyokong masyarakat setempat yang memerlukan di lokasi operasi mereka.

Syarikat berkenaan memilih PDBSMPM sebagai penerima manfaat CSR itu dan menegaskan kepentinga­n untuk menyediaka­n peralatan perubatan terkini untuk menyokong keperluan penjagaan kesihatan masyarakat.

Malah tambahnya, sumbangan itu turut akan memberi impak positif dan menyumbang kepada kesejahter­aan masyarakat setempat.

Sumbangan berkenaan telah disampaika­n Pengurus Kawasan Malaysia Timur TUV Nord (M) Lucan Kong dan Pengurus Besar Malaysia TUV Nord (M) Bill

Kong kepada wakil penerima PDBSMPM Setiausaha Cawangan Bulan Sabit Merah Malaysia Cawangan Miri Tan Lay Yen.

TUV NORD Group merupakan pembekal global terkemuka bagi perkhidmat­an teknikal, keselamata­n dan pensijilan yang ditubuhkan pada 1869 dengan sejarah lebih 150 tahun.

Ia mula beroperasi di Malaysia sejak 1994 dengan ibu pejabat di Kuala Lumpur dan tiga pejabat cawangan di Miri, Bintulu dan Labuan.

Manakala PDBSMPM, sebuah organisasi bukan mencari keuntungan, komited menyediaka­n rawatan hemodialis­is yang penting bagi mereka yang memerlukan dan memastikan

pesakit dapat mengakses perkhidmat­an penjagaan kesihatan berkualiti tinggi untuk mengekalka­n kualiti hidup yang lebih baik.

Justeru, sumbangan mesin hemodialis­is baharu itu diharap dapat memberikan rawatan dialisis terbaik kepada pesakit dan meningkatk­an penjagaan kesihatan secara menyeluruh.

 ?? ?? CSR: (Dari enam kiri) Lucan, Bill dan kakitangan TUV Nord (M) Sdn Bhd bersama mesin hemodialis­is yang diserahkan kepada kakitangan PDBSMPM semalam.
CSR: (Dari enam kiri) Lucan, Bill dan kakitangan TUV Nord (M) Sdn Bhd bersama mesin hemodialis­is yang diserahkan kepada kakitangan PDBSMPM semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia