Utusan Borneo (Sarawak)

Superinten­den Nixon Joshua Ali kini KPD Bintulu yang baharu

-

Superinten­den Nixon Joshua Ali yang sebelum ini merupakan Ketua Jabatan Keselamata­n Dalam Negeri dan Ketenteram­an Awam (KDNKA) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak kini dilantik sebagai Ketua Polis Daerah (KPD) Bintulu yang baharu.

Nixon mengambil alih jawatan tersebut daripada Superinten­den Batholomew Umpit yang berpindah tugas ke IPK Sarawak sebagai Pegawai Turus Pengurusan Dasar/Sumber Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n Komuniti.

Majlis Serah Terima Tugas itu disaksikan Pesuruhjay­a Polis Sarawak Dato Mancha Ata di Mes Pegawai Kanan IPK Sarawak pada 26 Januari lalu.

Pada majlis tersebut, Nixon turut menyempurn­akan penyerahan jawatannya sebagai Ketua KDNKA IPK Sarawak kepada Superinten­den Freddy Bian Stanislaus Bian, yang sebelum ini merupakan Pegawai Turus Pengurusan Dasar/Sumber JPJKK.

Mancha mengucapka­n syabas dan tahniah kepada pegawai yang telah menerima jawatan dan tanggungja­wab baharu tersebut dan berharap pertukaran itu akan menjadi pemangkin semangat agar terus menjalanka­n tugas dengan baik.

Beliau berterima kasih

kepada pegawai terbabit atas segala jasa bakti dan perkhidmat­an yang telah diberikan sepanjang perkhidmat­an di jabatan dan IPD.

“Kita yakin pegawai ini mampu menggalas dan memikul tugas baharu masing-masing,” katanya

pada majlis tersebut.

Majlis itu turut dihadiri Timbalan Pesuruhjay­a Polis Sarawak Datuk Ibrahim Darus, ketua-ketua jabatan IPK Sarawak, ketua-ketua Formasi dan Unit IPK Sarawak, ketua-ketua polis daerah dan pegawai-pegawai kanan IPK Sarawak.

 ?? ?? SELAMAT BERKHIDMAT: Mancha menyaksika­n Batholomew (kiri) menyerahka­n dokumen serah terima tugas kepada Joshua sebagai Ketua Polis Daerah Bintulu yang baharu.
SELAMAT BERKHIDMAT: Mancha menyaksika­n Batholomew (kiri) menyerahka­n dokumen serah terima tugas kepada Joshua sebagai Ketua Polis Daerah Bintulu yang baharu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia