Utusan Borneo (Sarawak)

Bomba terus pantau kawasan berisiko banjir

Pemantauan, rondaan di beberapa kawasan berisiko di Bintangor dilakukan secara berterusan

- Oleh Kepu Sidi Nicholas Belulin Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor

BINTANGOR: Pemantauan dan rondaan banjir di beberapa kawasan yang berisiko di Bintangor telah dilakukan secara berterusan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintangor Nicholas Belulin berkata, ini berikutan cuaca hujan dan pertembung­an air pasang.

“Keadaan hujan yang kerap turun terutama pada sebelah petang dan malam di kawasan ini dan juga pertembung­an air pasang telah menyebabka­n kita sentiasa bersedia menghadapi sebarang situasi kecemasan.

“Dalam memantapka­n usaha tersebut, pihak kita telah mengarahka­n anggota bomba melakukan aktiviti pemantauan di beberapa

Keadaan hujan yang kerap turun terutama pada sebelah petang dan malam di kawasan ini dan juga pertembung­an air pasang telah menyebabka­n kita sentiasa bersedia menghadapi sebarang situasi kecemasan.

lokasi berisiko terutama di kawasan kediaman penduduk dari semasa ke semasa.

“Pihak bomba juga mengingatk­an penduduk yangtingga­lditepi-tepisungai yang berisiko berhadapan dengan banjir agar sentiasa berhati-hati dan bersedia untuk menyelamat­kan diri jika keadaan banjir berlaku di kawasan mereka,” kata Nicholas kepada media kelmarin.

Pada masa yang sama, Nicholas turut mengingatk­an

penduduk yang berhadapan dengan situasi tersebut agar segera menghubung­i pihak bomba jika memerlukan bantuan.

Menurut Nicholas, dalam rondaan pemantauan kawasan berisiko banjir berikutan Monsun Timur Laut (MTL), pasukan bomba telah melakukan pemantauan di tebing Sungai Rajang dan kawasan pekan Bintangor.

“Hasil rondaan tersebut pasukan bomba mendapati cuaca masih lagi hujan, namun paras air di Sungai Rajang mula surut.

“Tiada sebarang laporan kecemasan berkaitan banjir diterima sepanjang tempoh tersebut,” jelas Nicholas.

 ?? ?? WASPADA: Anggota bomba melakukan pemantauan banjir di beberapa lokasi di Bintangor kelmarin.
WASPADA: Anggota bomba melakukan pemantauan banjir di beberapa lokasi di Bintangor kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia